Indonesia Hantar Surat Kepada Malaysia, Kecewa Beberapa Acara Sukan SEA 2027 Digugurkan

13 Nov 2026 • 12:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Indonesia Hantar Surat Kepada Malaysia, Kecewa Beberapa Acara Sukan SEA 2027 Digugurkan

Indonesia meluahkan rasa kecewa selepas beberapa acara sukan yang menjadi sandaran negara itu untuk meraih pingat tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA 2027 di Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Erick Thohir, mengambil langkah diplomatik dengan menghantar surat kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan berkenaan.

Keputusan itu dibuat susulan senarai akhir sukan dan acara yang bakal dipertandingkan pada temasya berkenaan, seperti yang ditetapkan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).

Antara acara yang tidak disenaraikan termasuk memanjat tembok, mendayung, bola tampar pantai serta acara berpasukan lelaki dan wanita dalam sukan badminton.

Selain itu, beberapa sukan lain seperti gusti, catur, jujitsu, tinju tendang, bola baling dan triatlon turut tidak dipertandingkan pada temasya kali ini.

Erick menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang mengecewakan kerana sukan sepatutnya mengajar setiap negara untuk menghormati semangat kesukanan dan persaingan yang adil.

"Memang menyedihkan. Sukan mengajar kita tentang semangat kesukanan. Sebagai negara jiran, kita sepatutnya menyokong perkembangan sukan di rantau ini," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Indonesia Hantar Surat Kepada Malaysia

Image from: Indonesia Hantar Surat Kepada Malaysia, Kecewa Beberapa Acara Sukan SEA 2027 Digugurkan

Menurutnya, beberapa negara Asia Tenggara kini mempunyai atlet bertaraf dunia yang berjaya meraih kejuaraan pada peringkat Olimpik.

Beliau memberikan contoh Filipina yang meraih dua pingat emas menerusi sukan gimnastik pada temasya Olimpik lalu, manakala Thailand cemerlang dalam taekwondo dan Vietnam dalam sukan menembak.

Indonesia pula mempunyai atlet yang mengharumkan nama negara menerusi sukan memanjat tembok dan angkat berat.

Justeru, beliau berpendapat tindakan menggugurkan acara yang dipertandingkan di Olimpik daripada Sukan SEA seolah-olah tidak menghargai usaha atlet yang selama ini berjuang mengibarkan bendera negara masing-masing.

"Jika acara sukan Olimpik ini tidak dipertandingkan, kita seolah-olah mengkhianati perjuangan atlet yang sudah mengibarkan bendera negara masing-masing. Itulah perkara yang saya maksudkan," katanya.

Erick berkata, beliau turut menerima pandangan daripada Jawatankuasa Olimpik Indonesia (KOI) serta beberapa badan sukan negara itu berhubung pengguguran acara berkenaan.

Baca juga:

Susulan itu, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan saluran diplomatik bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak Malaysia, selain memastikan prinsip keadilan dalam sukan terus dihormati.

"Pertama, saya sudah menghantar surat kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk meminta penjelasan serta komitmen sama ada kita sebagai negara Asia Tenggara masih saling menghormati prinsip keadilan dan semangat kesukanan," katanya.

Tambahnya, beberapa menteri sukan dari negara lain turut memberikan sokongan terhadap usaha Indonesia untuk membangkitkan perkara itu.

"Kita mahu Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) bersama-sama membantu Kementerian Belia dan Sukan Indonesia memperjuangkan perkara ini. Kita akan cuba menyelesaikannya menerusi diplomasi sukan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved