Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Indonesia meluahkan rasa kecewa apabila beberapa acara yang menjadi sandaran negara itu untuk meraih pingat tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA 2027 di Malaysia.
Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Erick Thohir menyifatkan keputusan berkenaan seolah-olah menjejaskan prinsip keadilan dan semangat kesukanan di rantau ini.
Menurut laporan media Indonesia, menterinya berkata, sukan sepatutnya menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara negara jiran. Bukannya menyekat peluang atlet untuk beraksi di pentas serantau.
Artikel berkaitan: PMX Tersenarai Sebagai Tokoh Muslim Ke-13 Paling Berpengaruh Di Dunia, Atasi Presiden Indonesia!
Artikel berkaitan: Sukan SEA Kembali Lagi, Ini 5 Negara Yang Kerap Jadi Tuan Rumah Bagi Sukan SEA
Katanya, kejayaan atlet Asia Tenggara meraih pingat emas di Sukan Olimpik membuktikan rantau ini mempunyai ramai atlet bertaraf dunia.
“Menyedihkan sukan mendidik kita supaya mengamalkan semangat kesukanan. Sebagai negara jiran, kita sudah tentu perlu menyokong perkembangan sukan di peringkat serantau.
“Filipina meraih dua pingat emas menerusi gimnastik pada edisi terakhir, Thailand menerusi taekwondo, Vietnam dalam sukan menembak, manakala Indonesia menerusi panjat tebing dan angkat berat.
“Ini menunjukkan kita mempunyai atlet bertaraf dunia. Jika sukan yang dipertandingkan di Olimpik tidak diberikan peluang untuk bersaing, ia seolah-olah mengkhianati perjuangan atlet yang sudah mengibarkan bendera negara masing-masing,” katanya.

Justeru, pihaknya mengambil langkah diplomatik dengan menghantar surat kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan berkenaan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari sebelum ini menjelaskan bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang isu berhubung pemilihan acara sukan tersebut.
Katanya, setiap pemilihan dibuat mengikut proses dan ketetapan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF), selain mendapat persetujuan negara-negara anggota.
Untuk rekod, 10 acara sukan tidak dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu, termasuk lapan acara yang menjadi pilihan Indonesia iaitu sukan panjat dinding, mendayung, bola tampar pantai, gusti, kickboxing, jujitsu, catur dan bola baling.
Sumber: Berita Harian
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




