Infantino Terbuka Untuk Dialog Mengenai Reformasi Tadbir Urus FIFA

PoliticsFootball
22 Sep 2026 • 2:57 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Infantino Terbuka Untuk Dialog Mengenai Reformasi Tadbir Urus FIFA

Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, pada Isnin menyatakan keterbukaannya untuk mengadakan dialog mengenai reformasi badan induk bola sepak dunia itu.

Infantino terbuka untuk dialog mengenai reformasi tadbir urus FIFA

Dalam surat kepada anggota Majlis FIFA serta presiden 211 persatuan anggota FIFA, Infantino mengemukakan dua cadangan reformasi menjelang mesyuarat Majlis FIFA pada 15 Okt, menurut laporan Anadolu, memetik The Athletic.

Cadangan pertama adalah supaya Majlis FIFA mempertimbangkan pelantikan badan luar yang bebas bagi menjalankan semakan terhadap rangka kerja tadbir urus FIFA ketika ini, khususnya berkaitan inisiatif strategik utama, selain mengemukakan cadangan penambahbaikan.

"Pertama, saya akan meminta Majlis mempertimbangkan sama ada ia mahu melantik badan luar yang bebas untuk menjalankan semakan terhadap rangka kerja tadbir urus FIFA bagi inisiatif strategik utama dan mengesyorkan penambahbaikan yang berpotensi," katanya dalam surat itu.

Cadangan kedua pula melibatkan penubuhan proses rundingan secara langsung, berstruktur dan terhad tempoh bersama konfederasi, persatuan anggota serta pihak berkepentingan berkaitan bagi memperkukuh proses membuat keputusan FIFA.

Rundingan itu akan memberi tumpuan kepada cadangan berkaitan penglibatan institusi pada peringkat lebih awal, peranan Presiden, Biro, Majlis dan Kongres FIFA, selain langkah praktikal bagi meningkatkan ketelusan, penyertaan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan inisiatif strategik utama.

Infantino turut menegaskan bahawa proses demokrasi, kebebasan serta kuasa FIFA dalam hal ehwal sukan tidak pernah dijual.

Baca juga:

"Proses demokrasi FIFA, kebebasan dan kuasa sukan tidak pernah dijual. Ia tidak dijual dan tidak akan pernah dijual," katanya.

Cadangan reformasi itu bagaimanapun perlu diputuskan oleh Majlis FIFA, badan pembuat keputusan utama FIFA yang mempunyai 37 anggota, sama ada untuk diteruskan atau sebaliknya.

Infantino berdepan tekanan yang semakin meningkat selepas melancarkan cadangan FIFA Forward Enterprise (FFE) pada musim panas ini, sebelum ia ditarik balik susulan bantahan meluas.

Cadangan berkenaan melibatkan penjualan kepentingan dalam sebuah syarikat yang mengawal hak komersial Piala Dunia dan pertandingan FIFA lain kepada pelabur swasta.

Walaupun cadangan itu telah ditarik balik, beberapa persatuan bola sepak kebangsaan dan badan pentadbir benua terus mempersoalkan kepimpinan Infantino.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved