Infinix Hot 70 Pro Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100

TechnologyDigital
17 Jul 2026 • 2:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix Hot 70 Pro Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100

Infinix Hot 70 Pro dilancarkan dengan variasi tambahan baharu yang menampilkan kemasan unik. Antaranya termasuklah Thermo Orange iaitu warna yang mampu berubah tona sama ada menjadi lebih gelap atau cerah bergantung pada suhu panas dan sejuk.

Image from: Infinix Hot 70 Pro Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100

Selain itu, terdapat juga Depth Ring White iaitu kemasan istimewa dengan kesan 3D yang memberikan dimensi paparan lebih mendalam. Menariknya, peranti ini turut dilengkapi dengan paparan Active Matrix Cube LED pada bahagian belakang yang ditempatkan di dalam bingkai lensa kamera ketiga.

Image from: Infinix Hot 70 Pro Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100

Infinix Hot 70 Pro hadir dengan paparan 6.76″ IPS LCD yang menyokong kadar segar semula 144Hz. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 7100 yang digandingkan bersama 8GB RAM LPDDR4X serta menyokong 5G bagi memastikan prestasi yang stabil dan konsisten dalam penggunaan harian. Di sisi kanan peranti turut disediakan butang AI khusus berkuasa Folax yang menekankan integrasi AI sebagai sebahagian daripada pengalaman penggunaan.

Image from: Infinix Hot 70 Pro Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 7100

Dari segi kamera, Infinix Hot 70 Pro dilengkapi 50MP Sony IMX882 wide-angle (1/1.95 inci) di bahagian belakang manakala kamera hadapan ialah 8MP. Ia juga ditawarkan dalam dua pilihan kapasiti iaitu 5,600mAh atau 6,000mAh bergantung pada pasaran dengan sokongan pengecasan pantas 45W. Tidak ketinggalan, Hot 70 Pro turut diberikan penarafan IP68 untuk ketahanan air sehingga kedalaman 2 meter di samping persijilan MIL-STD-810.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved