Infinix XPAD 20 Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM599

TechnologyDigital
8 Jul 2025 • 1:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Infinix secara rasmi mengumumkan harga jualan bagi tablet terbaharu mereka, XPAD 20 untuk pasaran Malaysia. Tablet ini direka dengan pelbagai fungsi dan ciri yang memenuhi keperluan harian pengguna. Ia turut menyokong penggunaan aksesori tambahan seperti papan kekunci bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah.

image is not available

Infinix XPAD 20 hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 11 inci yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Paparannya menawarkan nisbah skrin-ke-badan sekitar 83.7% bersama kecerahan maksimum 440 nits dan nisbah kontras 1500:1. Tablet ini menggunakan cip MediaTek Helio G88, dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM eMMC serta storan dalaman sehingga 256GB jenis LPDDR4X.

image is not available

Tablet ini menyertakan sokongan Infinix AI yang digabungkan dengan DeepSeek-R1 bagi membantu pengalaman penggunaan menjadi lebih responsif. Tablet ini turut menyokong sambungan LTE dan Wi-Fi, serta dilengkapi slot dwi-SIM dan sokongan kad microSD sehingga 1TB untuk pilihan storan tambahan. Bateri 7000mAh disertakan menyokong pengecasan 10W. Lain-lain spesifikasi termasuk USB TYPE-C, bicu audio 3.5mm, kamera utama 8MP dan swafoto 5MP.

image is not available

Infinix XPAD 20 ditawarkan dalam dua pilihan variasi bermula RM599 (6/128GB) dan RM799 (8/256GB) yang turut didatangkan dengan kerangka percuma selagi stok masih ada. Ia boleh didapati di semua pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia.