Inflasi Malaysia mereda kepada 1.8 peratus pada Julai

Business & Finance
17 Aug 2026 • 2:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Inflasi Malaysia mereda kepada 1.8 peratus pada Julai

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia mereda kepada 1.8 peratus pada Julai berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya dengan mata indeks meningkat kepada 137.1 daripada 134.7 pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, peningkatan itu didorong oleh kumpulan pengangkutan yang meningkat kepada 1.4 peratus berbanding 2.8 peratus pada Jun 2026.

Katanya, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan menyederhana 2.9 peratus pada Julai 2026 berbanding 3.4 peratus pada Jun 2026.

“Ini diikuti oleh peningkatan perlahan minuman alkohol dan tembakau (2.7 peratus), restoran dan perkhidmatan penginapan (2.0 peratus ) dan pendidikan (2.0 peratus).

“Kedua-dua kumpulan insurans dan perkhidmatan kewangan dan kesihatan masing-masing meningkat lebih rendah kepada 1.1 peratus pada Julai 2026 berbanding 5.7 peratus dan 1.2 peratus pada bulan sebelumnya.

“Di samping itu, kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah meningkat secara marginal 0.3 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kumpulan maklumat dan komunikasi meningkat kepada 3.4 peratus pada Julai 2026 berbanding 2.4 peratus pada Jun 2026.

“Kumpulan makanan dan minuman dan perumahan serta air, elektrik, gas dan bahan api lain masing-masing meningkat lebih tinggi pada Julai 2026 kepada 1.8 peratus berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya.

“Selain itu, kumpulan rekreasi, sukan dan kebudayaan serta pakaian dan kasut masing-masing meningkat kepada 1.2 peratus dan 0.1 peratus,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 65.3 peratus item (374 daripada 573) merekodkan kenaikan harga.

“Namun begitu, daripada jumlah tersebut, 367 item (98.1 peratus) mencatatkan peningkatan kurang atau sama dengan 10 peratus, manakala hanya 7 item merekodkan kenaikan melebihi10 peratus pada Julai 2026.

“Baki sebanyak 157 item (27.4 peratus) menunjukkan penurunan dan 42 item kekal tidak berubah,” katanya.

Dalam pada itu, tujuh negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional.

“Ia melibatkan 1.8 peratus iaitu Negeri Sembilan (2.5 peratus), Kedah (2.3 peratus), Pahang (2.3 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.2 peratus), Johor (2.1 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (2.0 peratus) dan Sabah (1.9 peratus).

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan inflasi makanan dan minuman kecuali Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan yang tidak merekodkan sebarang peningkatan,” jelasnya. – UTUSAN

The post Inflasi Malaysia mereda kepada 1.8 peratus pada Julai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved