
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Seperti semua sedia maklum, masyarakat kini semakin berjaga-jaga dengan penularan influenza yang kian menular terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Mungkin ada juga individu tertanya-tanya, sejauh manakah tahap kesakitan dialami oleh setiap pesakit bergantung kepada simptom yang muncul.
Mengikut pengalaman penulis sendiri yang pernah dijangkiti virus influenza, ia sememangnya akan membuatkan badan berasa lesu dan menyebabkan penurunan berat badan akibat hilang selera makan. Nampak menu sedap depan mata pun rasa tidak lalu nak makan.
Baca Artikel Berkaitan: Musim Influenza Kembali, Ini Penjelasan Pakar Tentang Waktu Sesuai Ambil Vaksin
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Perjelas Senarai Ubat Yang Ibu Ayah Perlu Elak Jika Anak-anak Positif Influenza
Baca Artikel Berkaitan: Ejen Insurans Dedah Wad Kanak-kanak Di Hospital Sekitar Lembah Klang Penuh Akibat Influenza
Pengambilan Air Kosong Sahaja Tidak Cukup Untuk Kekalkan Tenaga Penghidap Influenza
Namun usah risau, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan tubuh kekal bertenaga dan berat badan tidak menurun dengan begitu drastik.
Baru-baru ini, seorang pakar diet dikenali sebagai Zira menerusi akaun Threads milknya telah berkongsi beberapa jenis hidangan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak kecilnya selepas dijangkiti influenza.

Sumber: Freepik
“Seminggu anak saya tak minta susu. Makan tak lalu. Hanya tidur, nangis dan lesu. Masa kritikal ni, jangan beri air kosong sahaja. Nanti berat anak awak turun teruk,” katanya.
Antara jenis minuman dan juadah disarankan pakar ini adalah seperti berikut:
#1. Jus Buah
Minuman pertama yang dicadangkan Zira adalah menyediakan jus buahan asli. Pakar itu menggunakan mesin pemerah jus (slow juicer) bagi mengekalkan rasa semula jadi dan khasiat buah dengan lebih baik.

“Resepi: 1 biji epal+1 biji oren untuk seorang. Saya juga sediakan popsicle tambahan, sekiranya anak saya lebih suka makan aiskrim,” kongsinya.
Memang tidak dinafikan selera pesakit adalah tidak menentu pada waktu genting ini. Mungkin popsicle adalah pilihan yang lebih baik buat si kecil yang mahukan tekstur yang berbeza daripada cecair.
#2. Air Kelapa
Minuman seterusnya adalah air kelapa. Selalu kita dengar, air kepala ini membantu menyejukkan badan apabila sedang demam. Menurut Hello Doktor, air kelapa turut berfungsi bagi mengekalkan hidrasi.
Selain itu, ia juga tinggi dengan kandungan elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium.
“Beli yang bila kita order baru (penjual) kopek (kerana) lebih segar,” ujar Zira.
Selain itu, anda juga boleh menyediakan jeli kelapa sebagai snek atau dessert di rumah.

#3. Campuran Air Madu & Buah-buahan
Bagi mengekalkan berat badan, Zira berkongsi bahawa campuran madu bersama buah-buahan seperti laici, mata kucing atau kurma mampu membantu menstabilkan tenaga.
“Daripada bagi air kosong, tambah madu untuk beri cecair berserta nutrien,” katanya.

Namun perlu diingatkan untuk tidak memberikan madu kepada kanak-kanak berumur bawah setahun. Hal ini kerana pengambilan madu kepada orang dewasa adalah berbeza dengan bayi kerana usus mereka belum berkembang sepenuhnya.
Bakteria Clostridium Botulinum yang terkandung dalam madu boleh membesar sehingga membuatkan ia mengeluarkan toksin sekaligus mengudang risiko paralisis.
Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Ini Sebab Mengapa Bayi Tidak Boleh Makan Madu
#4. Sup Rebusan Ayam Atau Daging
Sesetengah penghidap influenza mengalami simptom sakit tekak dan batuk. Oleh disebabkan itu, makanan yang sesuai diambil oleh mereka adalah menu berasaskan sup. Mengikut hantaran tersebut, Zira menyediakan air rebusan ayam atau daging buat anak-anaknya.
Protein itu pula dipotong dalam saiz kecil agar ia mudah ditelan. Menurutnya, anak enggan makan sekiranya mereka berasa penat untuk mengunyah makanan terbabit.

#5. Minuman Probiotik
Menurut pakar diet itu, minuman probiotik juga dapat membantu menguatkan sistem imun tubuh penghidap influenza serta mempercepatkan proses pemulihannya.
Minuman probiotik ini mudah didapati di pasaran. Namun, jika mahukan pilihan lebih rendah gula, anda boleh membeli probiotik atau prebiotik dalam bentuk sachet dan mencampurkannya bersama jus buah.

“Jika anak minta makan, bagi saja makanan tu dalam kuantiti kecil tetapi kerap. Kalau tidak, usahakan untuk berikan nutrisi kepada anak dengan cadangan yang saya sebutkan di atas,” tambah Zira di akhir perkongsian.
TIPS EXTRA: Sekiranya anak batuk berpanjangan akibat influenza, anda boleh memberikannya satu sudu makan madu dan buah-buahan sebagai snek pada setiap hari. Elakkan juga makanan berminyak.
Baca Artikel Berkaitan: Ingatkan Selesema Biasa, Rupanya Influenza! Ini Cara Kenal Pasti Simptomnya
Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Digesa Ambil Suntikan Vaksin Influenza
Baca Artikel Berkaitan: “Kes Influenza Makin Meningkat Tapi Bekalan Ubat Berkurangan” – Pakar Pediatrik Dato’ Dr Musa Nordin
Source:



![Gelagat Pelajar Kejar Cikgu Dengan Penyapu Ketika Simulasi Culik Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Anak Buat Benda Pelik Untuk Tarik Perhatian Ibu Bapa? Ini Penjelasan Doktor [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)