Infomina perlu tangani risiko kebergantungan kepada pembekal tertentu - Malacca Securities

TechnologyBusiness & Finance
7 Aug 2026 • 11:22 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Infomina perlu tangani risiko kebergantungan kepada pembekal tertentu - Malacca Securities Image from: Infomina perlu tangani risiko kebergantungan kepada pembekal tertentu - Malacca Securities amree07/08/2026 - 11:22 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 OgosInfomina Berhad berpotensi mencatat pertumbuhan kukuh dalam tempoh tiga tahun, namun masih berdepan cabaran termasuk kebergantungan kepada pembekal teknologi tertentu.

 

Malacca Securities berkata, di sebalik isu tersebut, kumpulan itu berada pada kedudukan strategik memanfaatkan trend penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pertumbuhan teknologi kerangka utama.

 

Ujar firma penyelidikan tersebut, perkembangan itu turut disokong perluasan operasi di Jepun serta peningkatan pendapatan secara berulang dari banyak kontrak penyelenggaraan dan sokongan sistem.

 

"Kami mengunjurkan keuntungan bersih teras Infomina berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 15.3% dalam tempoh tiga tahun, daripada RM42.9 juta kepada RM53.8 juta," katanya.

 

Menurut Malacca Securities, strategi baharu AI Mainframe Tech Tour 2.0 menjadi pemangkin utama pertumbuhan apabila kumpulan tersebut mula beralih daripada projek transformasi berskala besar.

 

Sebaliknya, ia memberi fokus kepada rumusan pengoptimuman berterusan berasaskan AI yang membantu pelanggan dapat meningkatkan kecekapan operasi, serta mengurangkan kos teknologi maklumat (IT).

 

Infomina_DagangNews2026

 

Selain itu, operasi di Jepun bakal menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan selepas Infomina dilantik sebagai rakan kongsi Tahap 1 dan pengedar nilai tambah bagi Broadcom di negara tersebut. 

 

"Setakat ini, syarikat sudah berjaya memperoleh lebih 10 daripada 46 pelanggan perusahaan yang disasarkan dengan potensi nilai pasaran tahunan dianggarkan RM100 juta," jelas Malacca Securities.

 

Pada masa sama, buku tender bernilai RM1.6 bilion dijangka terus menyokong pertumbuhan jangka sederhana, manakala dominasi kontrak pembaharuan membantu mengekalkan margin keuntungan stabil.

 

Ia turut melihat kerjasama strategik Infomina dengan LGMS Berhad sebagai pemangkin baharu melalui platform pematuhan keselamatan siber berasaskan AI disasarkan kepada peniaga pembayaran digital.

 

Justeru, Malacca Securities memulakan liputan ke atas saham kumpulan ini dengan saranan 'beli' dan menetapkan nilai saksama (FV) RM1.94 sesaham, mencerminkan potensi kenaikan sekitar 27.6%.

 

"Bagaimanapun, kami mengingatkan risiko utama yang perlu diberi perhatian ialah kebergantungan kepada Broadcom sebagai vendor utama, dan turun naik kadar pertukaran mata wang asing (forex)," katanya.

 

Di samping itu, Infomina perlu bersedia dengan kemungkinan kelewatan pelaksanaan projek turnkey yang boleh menyebabkan prestasi pendapatan berubah-ubah mengikut suku tahunan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved