“Ingat nak sangat ke jadi rakyat M’sia?” – Izara Aishah Selar Individu Kritik Malaysia Bawa Masuk Warga Palestin

Entertainment
19 Aug 2024 • 12:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kerajaan membawa sebilangan warga Palestin yang cedera akibat serangan tentera Zionis untuk dirawat di negara ini.

Meskipun ramai yang terharu dan sebak melihat reaksi warga Palestin terutama kanak-kanak yang tiba di sini, ada juga segelintir pihak yang tidak berpuas hati dan mengkritik misi kemanusiaan ini.

“Ingat mereka nak sangat ke jadi rakyat Malaysia”

Seorang pengguna di platform X telah mengkritik sikap segelintir rakyat Malaysia yang didakwa hipokrit kerana sering menafikan hak pelarian untuk mengakses kemudahan asas di negara ini.

Susulan itu, pelakon Izara Aishah menyelar kenyataan individu terbabit yang dilihat memerli netizen Malaysia yang menyambut kedatangan warga Palestin untuk dirawat di sini.

image is not available

Katanya, warga Palestin yang dibawa ke Malaysia hanyalah untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Tambahan pula, kebanyakan netizen berasa sebak kerana warga Palestin berdepan dengan peperangan hampir setiap hari.

“Ingat Palestinian nak sangat ke jadi rakyat Malaysia. Dia datang untuk dirawat jelah.

“Dia seronok tengok negara Malaysia, negara yang selama ni selalu tolong. Mestilah kita terharu.

“Diorang ni susah nak tinggalkan negara diorang. Al-Aqsa kat situ, bukan Masjid Jamek,” kata Izara.

Jelasnya, tidak perlu berprasangka buruk terhadap warga Palestin yang dibawa ke Malaysia kerana mereka lebih sayangkan tanah air sendiri.

image is not available image is not available

Difahamkan, seramai 41 warga Palestin kini sedang dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju.

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.