“Ingatkan Grab Suruh I Bersabar” – Rupanya Nama Rider, Sekali Jadi Muzikal Raya!

LocalEntertainment
5 Mar 2026 • 2:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bayangkan dah order barang dekat Grab, teruja menanti pesanan tapi tunggu punya tunggu, aik, mana ni? Macam lama dari biasa je? Rasanya dah setengah jam dah order.

Tiba-tiba dapat notification, “Sabar’s on the way”. Kita yang menunggu dari tadi, Grab suruh bersabar? Geramnya, lama tau dah tunggu!

Advertisement

Mula-mula macam nak marah, tapi bila fikir balik takkan la Grab nak ‘sekolahkan’ pelanggan macam tu? Kejap, kejap.. 

Ada plot twist

image is not available

Rupanya.. ‘Sabar’ adalah nama abang rider yang mengambil pesanan pelanggan dan sebenarnya sedang berusaha sedaya-upaya untuk memastikan pesanan sampai tepat pada masanya.

Kisah pelanggan yang mulanya geram dan terhibur dengan diri sendiri ini terjadi kepada seorang pelanggan Grab, Hanisz yang berkongsi detik lucu ketika memesan Grab pada 11 Januari 2025 lalu.

image is not availableimage is not available

Insiden berkenaan dikongsikannya menerusi akaun Threadnya dan menerima lebih 1,400 likes dan mengundang perhatian netizen yang turut terhibur dengan kekeliruan Hanizs.

Sabar’s On The Way

Untuk mengabadikan momen itu, Grab menginspirasikan kisah ini untuk menghasilkan muzikal Grab, Sabar’s On The Way bersempena Ramadan dan Raya yang akan menjelang tiba.


Muzikal Raya ini membawakan lagu klasik evergreen, Tunggu Sekejap nyanyian Tan Sri P.Ramlee yang diberi nafas baru dan disuntik elemen komedi untuk mengaitkan dengan situasi Hanizs dan rakan penghantar, Sabar.

Kelakar, kelakar juga, yang penting tema utama yang ingin ditampilkan adalah pesanan untuk sentiasa bersabar terutamanya ketika bulan Ramadan yang mulia.

#SabarOnTheWay #GrabHantarkanSabar #GrabBersamaMalaysia #RamadanRaya

 

The post “Ingatkan Grab Suruh I Bersabar” – Rupanya Nama Rider, Sekali Jadi Muzikal Raya! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.