Ini 3 Kafe Klasik Estetik Di Sabah Untuk Road Trip Foodie Anda

10 Jan 2024 • 4:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Antara cafe estetik yang santai patut anda cuba di Sabah

Ini 3 Kafe Klasik Estetik Di Sabah Untuk Road Trip Foodie Anda. Sabah Untuk Road Trip Foodie Anda. Selain daripada makanan dan minuman, suasana pada sebuah restoran atau kafe turut memainkan peranan penting.

Terdapat pelbagai kafe yang menarik perhatian pengunjung terutamanya kafe bertemakan flora, vintaj, old-school’ dan sebagainya. Kepada anda yang tengah membuat list untuk trip foodie anda, di sini kami sertakan 3 lagi pilihan yang wajb anda cuba.

1. Little Sulap

image is not available
Ini 3 Kafe Klasik Estetik Di Sabah Untuk Road Trip Foodie Anda. Kredit gambar: FB Little Sulap

Kafe Litttle Sulap merupakan tempat di mana anda boleh merasa hidangan tradisional Sabah yang sedap! Untuk pengetahuan anda, pengasas Little Sulap, Chrisboy, menggunakan resepi lokal iaitu Dusun Tatana yang turun temurun.

image is not available
Ini 3 Kafe Klasik Estetik Di Sabah Untuk Road Trip Foodie Anda. Kredit gambar: FB Little Sulap

Sebaik masuk dalam kafe tersebut, suasana yang memberi Bohemian vibes mesti benda pertama yang terlintas di fikiran anda. Keadaan yang tenang seolah-olah berada di tepi pantai memang sesuai untuk anda yang ingin menenangkan diri anda dan juga fokuskan untuk ‘Me Time’.

Lokasi: Little sulap ,No12(C), Jalan Dewan, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu beroperasi: Setiap hari (10.30am- 10.00pm)
No telefon: 016- 2027597 atau 010-760 7011

2. Biru-Biru Cafe

image is not available
Ini 3 Kafe Klasik Estetik Di Sabah Untuk Road Trip Foodie Anda. Sumber gambar: IG birubirucafe

Biru-biru kafe ini merupakan kafe antik yang agak popular di Kota Kinabalu. Pelbagai barangan antik yang anda jumpa di sini termasuklah basikal tua, speaker, dan banyak lagi hiasan dinding yang anda boleh jumpa di Biru-Biru Cafe.

image is not available
Ini 3 Kafe Klasik Estetik Di Sabah Untuk Road Trip Foodie Anda. Sumber gambar: IG birubirucafe

Makanan yang disajikan di sini berkonsepkan hidangan Barat. Bagi anda yang vegetarian, mereka juga turut menghidangkan makanan vegan seperti salad, seasonal bowl dan macam-macam lagi.

image is not available
Ini 3 Kafe Klasik Estetik Di Sabah Untuk Road Trip Foodie Anda. Sumber gambar: IG birubirucafe

Lokasi: 24, Lorong Dewan, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu beroperasi: Setiap hari (12.00pm- 12.00am)
No telefon: 012-2727116 atau 016-850 0082

3. Light Cafe

image is not available
Sumber gambar: FB Light Cafe KK

Kalau anda sukakan hiasan dalaman ala-ala klasik, unik dan kafe yang bagi korang vibe santai macam lepak dekat laman rumah sendiri, anda patut cuba Light Cafe. Restoran ini walaupun agak kecil, dan boleh dikatakan hidden gem kerana lokasinya agak tersembunyi di dalam sebuah bangunan, mungkin anda akan agak clueless mencari lokasi kafe ini. 

image is not available
Sumber gambar: FB Light Cafe KK

Restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu seperti masakan rumah dan juga sesuai untuk dijadikan ‘comfort food’ anda. Antaranya sup herba, kari daging, sup kambing dan banyak lagi! mereka juga mempunyai Chicken Katsu yang digemari ramai.

Lokasi: 来客Light Cafe KK, NO. G75, GROUND FLOOR, ASIA CITY, PHASE 11A KK City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah
Waktu beroperasi: Setiap hari (8.00am- 5.00pm) kecuali Ahad cuti
No telefon: 011-1008 1526 atau 016-836 5191

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat makan di Sabah:

https://www.iloveborneo.my/ini-tempat-makanan-western-di-sandakan-sabah/

https://www.iloveborneo.my/tempat-makan-western-sedap-di-kota-kinabalu/