‘Ini barulah besar bas’, pemancing naikkan kap 52 kilogram

6 Nov 2026 • 9:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ini barulah besar bas’, pemancing naikkan kap 52 kilogram

LONDON – Seorang pemancing dari Lancashire, Britain memecahkan rekod dunia selepas menaikkan seekor ikan kap gergasi seberat 52 kilogram (kg) ketika memancing di sebuah tasik terkenal di Hungary, lapor stesen penyiaran BBC.

Ash Hegarty, 32, dari Blackburn mendaratkan ikan itu bersama abangnya, Nigel, baru-baru ini.

Gambar dan klip video ikan gergasi yang dikongsikan di media sosial itu tular sehingga dia menerima panggilan daripada wartawan di Jerman dan Sweden.

Menurut Hegarty, kakinya mula menggeletar sebaik menyedari ikan yang memakan umpannya bersaiz luar biasa.

Dia mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum saiz sebenar ikan itu dapat dilihat dengan jelas.

“Rentapannya perlahan dan berat. Apabila akhirnya melihat saiz ikan ini, semua orang mula berkumpul di sekeliling saya.

“Saiznya ketika berada di dalam jaring kelihatan seperti tayar kereta,” katanya. – AGENSI

The post ‘Ini barulah besar bas’, pemancing naikkan kap 52 kilogram appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved