“Ini Bukan Masa Berebut Kuasa” Wanita PKR NS Pertahan Kepimpinan PH Negeri Sembilan

Politics
1 May 2026 • 3:00 PM MYT
Syaiful Irfan Anang
Syaiful Irfan Anang

Pengerusi NGO Gerakan Ekonomi Melayu Prihatin Rakyat Terengganu ( GEMPUR )

Image from: “Ini Bukan Masa Berebut Kuasa” Wanita PKR NS Pertahan Kepimpinan PH Negeri Sembilan
Rosmawaty- Ketua wanita PKR Negeri Sembilan - Credit photo- zainal

“Ini Bukan Masa Berebut Kuasa”

Wanita PKR NS Pertahan Kepimpinan PH Negeri Sembilan

Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan menegaskan bahawa ketika rakyat sedang berdepan cabaran kos sara hidup, peluang ekonomi yang tidak menentu serta tuntutan kesejahteraan hidup yang semakin meningkat, tumpuan politik seharusnya diberikan kepada pengukuhan pentadbiran negeri, bukan kepada sebarang usaha perebutan kuasa yang boleh menggugat kestabilan.

Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Rosmawaty Muhamad Ros, yang juga Exco Wanita Pusat dan Ketua Biro Kebajikan, menegaskan bahawa situasi politik semasa memerlukan semua pihak bertindak dengan matang dan bertanggungjawab.

“Ini bukan masa berebut kuasa. Rakyat mahu kestabilan, bukan ketidaktentuan politik yang boleh menjejaskan masa depan negeri,” tegas beliau.

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap tindakan politik yang tidak berasaskan pertimbangan kepentingan rakyat akan memberi kesan langsung kepada pentadbiran dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu, semua pihak perlu menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan politik tidak perlu.

Dalam masa yang sama, Wanita PKR Negeri Sembilan menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan yang disifatkan terus stabil, berfungsi dengan baik dan kekal fokus kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat.

Rosmawaty turut menyifatkan kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan sebagai sederhana, matang dan konsisten dalam memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar walaupun berdepan cabaran politik semasa.

Wanita PKR Negeri Sembilan juga menyeru agar semua pemimpin politik mengamalkan pendekatan politik yang berhemah, matang dan berasaskan kepentingan rakyat, serta menghentikan sebarang tindakan yang boleh mengganggu kestabilan negeri.

Mengakhiri kenyataan, beliau menegaskan bahawa mandat rakyat perlu dihormati dan keutamaan utama ketika ini adalah memastikan kesejahteraan serta kestabilan Negeri Sembilan terus terpelihara.


Artikel ini adalah penulisan penulis dari kenyataan media yang dihantar melalui telefon


KENYATAAN MEDIA RASMI

WANITA PKR NEGERI SEMBILAN

“Ini Bukan Masa Berebut Kuasa”

Wanita PKR NS Pertahan Kepimpinan PH Negeri Sembilan

Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan menegaskan bahawa ketika rakyat sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial, termasuk kos sara hidup serta keperluan untuk kestabilan pentadbiran, sebarang tindakan politik yang menjurus kepada perebutan kuasa adalah tidak wajar dan perlu dihentikan segera.

Kami menegaskan bahawa fokus utama semua pihak pada ketika ini adalah rakyat. Politik seharusnya menjadi wadah untuk membina, bukan meruntuhkan kestabilan yang telah terbentuk.

Wanita PKR Negeri Sembilan turut mengingatkan bahawa setiap tindakan politik yang tidak berasaskan pertimbangan matang dan kepentingan rakyat akan memberi kesan langsung kepada pentadbiran negeri serta kesejahteraan masyarakat.

Sehubungan itu, kami menyeru semua pihak agar menghentikan sebarang usaha atau tindakan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan Negeri Sembilan yang sedia ada, serta kembali mengangkat politik yang matang, berhemah dan bertanggungjawab.

Dalam masa yang sama, Wanita PKR Negeri Sembilan menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan yang telah membuktikan kestabilan serta keupayaan mentadbir negeri dengan berfokus kepada kebajikan rakyat dan pembangunan berterusan.

Kami juga merakamkan keyakinan terhadap kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menunjukkan sikap sederhana, matang dan konsisten dalam memastikan pentadbiran negeri terus stabil walaupun berdepan pelbagai cabaran politik.

Akhir sekali, Wanita PKR Negeri Sembilan menegaskan bahawa mandat rakyat perlu dihormati, dan sebarang tindakan politik harus berpaksikan kepada kepentingan rakyat serta kesejahteraan negeri.

Rosmawaty Muhamad Ros

Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan

Exco Wanita Pusat

Ketua Biro Kebajikan


Syaiful Irfan Anang (irfankey4444@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.