“Ini Bukan Paksaan, Ikhlas Dari Hati” – ADUN Pitas Pilih Islam Selepas 10 Tahun ‘Mencari’ Agama

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 1:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Ini Bukan Paksaan, Ikhlas Dari Hati” – ADUN Pitas Pilih Islam Selepas 10 Tahun ‘Mencari’ Agama

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang hidayah, tidak semua orang terpilih menerima petunjuk dari Allah SWT.

Namun berbeza buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Ruddy Awah apabila mendapat hidayah dan memilih agama Islam sebagai pegangan hidup.

Santuni Masyarakat Berbilang Agama, Buka Hati Ruddy Pilih Islam

Menurut Rudy, hatinya terbuka untuk memilih Islam selepas puluhan tahun menyantuni masyarakat yang berbilang agama serta membantu rumah ibadat Islam dan Kristian di kawasan Pitas, Kota Marudu, Sabah.

Jelasnya, tugas sebagai ADUN menuntut Rudy untuk membantu kesemua rakyat tanpa mengira perbezaan latar belakang dan agama termasuklah menyantuni masjid, surau serta gereja di kawasan yang diwakilinya.

Tambah Rudy, amalan tersebut telah dilakukan sebelum dia bergelar wakil rakyat lagi malah tetap diteruskan selepas mendapat mandat dari rakyat.

“Sebelum menjadi wakil rakyat, sama ada gereja, masjid atau surau, kita bantu sedaya mampu apabila mereka memohon sumbangan.

“Setelah menjadi wakil rakyat pula, saya terus menyantuni semua surau, masjid dan gereja dengan memberi tabung bantuan pada setiap tahun,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Sumbang RM1,000 Setahun Untuk 1,001 Rumah Ibadat Di Pitas

Jelas Rudy, sebanyak 1,001 gereja termasuk surau dan masjid di Pitas menerima sumbangan RM1,000 setiap tahun.

Tambahnya yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, selain bantuan kepada rumah ibadat, dia turut menganjurkan majlis berbuka puasa serta sambutan Aidilfitri dan menyumbangkan lembu korban kepada surau serta masjid.

Pegang Kepercayaan Pagan Tak Halang Rudy Prihatin Terhadap Agama Islam

Kongsi Rudy lagi, meskipun dia memegang kepercayaan Pagan namun itu tidak menghalang keprihatinannya terhadap agama Islam.

Rasa prihatin itu juga turut mendorong Rudy melaksanakan inisiatif dengan melantik sembilan guru Fardu Ain untuk mengajar al-Quran di Pitas dengan setiap orang daripada mereka mendapat bayaran sebanyak RM1,000 menggunakan wang peribadinya sendiri.

Selain menyumbang kain kafan di surau, Rudy turut menyediakan van jenazah percuma buat kegunaan umat Islam dan Kristian.

Ini juga menjadi antara faktor yang membuatkan hatinya terbuka untuk memilih Islam.

“Dengan adanya sumbangan kepada surau dan masjid, bantuan guru Fardu Ain, serta kemudahan van jenazah untuk umat Islam dan Kristian yang disediakan secara percuma untuk kegunaan bersama, serta kain kafan di setiap surau, perkara-perkara inilah yang membuatkan hati saya terbuka.

“Mungkin saatnya sudah tiba. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam,” katanya.

Keputusan Peluk Islam Bukan Kerana Faktor Politik, Lahir Dari Keikhlasan Hati

Jelas Rudy lagi, keputusan memeluk Islam dibuat selepas lebih 10 tahun dia memikirkan pegangan agama yang mahu dianutinya selain turut mengikuti ceramah serta mempelajari tatacara agama.

Malah, keputusan memeluk Islam bukan dipengaruhi faktor politik, keluarga atau tawaran dari mana-mana pihak.

Sebaliknya ia lahir dari keikhlasan hati selepas menerima hidayah daripada Allah SWT.

Isteri & 5 Anak Sudah Peluk Islam Lebih Awal

Lebih menjadi perhatian, beliau memaklumkan isteri serta lima daripada enam orang anaknya telahpun memeluk Islam terlebih dahulu.

“Saya terbuka hati untuk memilih Islam. Ini bukanlah paksaan mana-mana pihak, sebaliknya ikhlas daripada hati saya, isteri dan anak-anak saya.

“Sudah cukup lama isteri saya menanti. Selama 10 tahun beliau mengajak saya masuk Islam, tetapi ketika itu hidayah belum sampai. Namun apabila tiba masanya dan hidayah itu sampai, hati saya terbuka tanpa sebarang paksaan.

“Saya juga membina sebuah surau baru-baru ini yang siap dua bulan lepas dalam kawasan rumah saya,” ujarnya.

Tambah Rudy lagi, keputusan memeluk Islam itu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan keluarga besar serta masyarakat Kristian di Pitas.

Majlis Melafazkan Kalimah Syahadah Akan Berlangsung Pada Sabtu Ini

Menerusi perkongsian Rudy di TikTok, difahamkan satu Majlis Melafazkan Kalimah Syahadah akan diadakan di kediamannya di Kampung Salimpodon Laut, Pitas pada 22 Ogos ini.

Majlis tersebut dijangka akan disempurnakan oleh Mufti Sabah, Sahibus Samahah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz

@yb.dato.sri.dr..r

Dengan rasa rendah diri saya ingin menjemput semua rakan taulan dan sahabat handai berkunjung ke kediaman saya di Kg. Salimpodon Laut Pitas.#pitas #kudat #sabah

♬ original sound – Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah JP – Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah JP

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Terselamat Dari Insiden Tanah Mendap Di Masjid India Peluk Islam

Baca Artikel Berkaitan: “Akhirnya Mak Titew..”- Influencer Muka Gangster Bersyukur Ibu Peluk Islam [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Atuk Umur 89 Tahun Peluk Agama Islam Raih Perhatian [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved