Gambar Kahwin Tular, Roberto Carlos Didakwa Peluk Islam Lepas Bernikah Bulan Lalu

FootballSports
19 Aug 2026 • 10:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 08 19T104039.844

Legenda bola sepak Brazil, Roberto Carlos dilapor sudah memeluk agama Islam selepas mengadakan pertemuan dengan seorang ulama di Brazil, baru-baru ini.

Menurut laporan media Türkiye termasuk portal Haberler, bekas pertahanan kental Real Madrid berusia 53 tahun itu didakwa melafazkan syahadah di hadapan Sheikh Jihad Hamadeh kira-kira empat minggu lalu.

Artikel berkaitan: “Bad sportsmanship” – Penyokong Pasukan Bola Sepak Argentina B*kar Bendera United Kingdom

Artikel berkaitan: Berjaya Mara Ke Kumpulan 16 Terbaik, Billionair UAE Hadiahkan SUV RM118K Kepada Pasukan Bola Sepak Mesir

Difahamkan, Carlos dan Sheikh Jihad yang juga tokoh yang disenaraikan antara 500 individu Muslim paling berpengaruh di dunia sudah lama berhubung sebelum mereka akhirnya bertemu secara bersemuka di Sao Paulo.

Berita berkenaan mula tular dan mendapat perhatian ramai selepas Ahli Parlimen Parti Keadilan dan Pembangunan Türkiye, Ali Sahin, berkongsi maklumat tersebut menerusi satu hantaran di platform X.

Ali Sahin yang menemu bual Sheikh Jihad ketika melawat Kesatuan Kebajikan Belia Islam Brazil turut menitipkan ucapan tahniah serta mendoakan kesejahteraan buat Carlos dan keluarganya.

Efsane Futbolcu Roberto CARLOS Müslüman Oldu…

Brezilya’nın São Paulo şehrinde yaşayan ve İslam coğrafyasının en etkili 500 isminden biri olarak gösterilen Sheikh Jihad Hammadeh ile Brezilya İslami Hayırsever… pic.twitter.com/usYFJXdpgZ

— Ali ŞAHİN (@AliSahin501) August 17, 2026

Perkembangan positif ini secara tidak langsung menarik perhatian peminat, terutamanya selepas gambar majlis perkahwinan Carlos bersama wanita Muslim dari Maghribi, Souhaila Tahiri tersebar di media sosial baru-baru ini.

Souhaila merupakan seorang ejen pemain berlesen FIFA yang aktif menguruskan bakat-bakat bola sepak serta projek sukan di peringkat antarabangsa.

Meskipun foto perkahwinan mereka hangat diperkatakan semula sejak 17 Ogos lalu, pasangan berkenaan sebenarnya dikhabarkan sudah mula menjalin hubungan rapat sejak Januari, sebelum melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup pada 25 Julai lalu.

Hubungan mereka yang bermula atas dasar profesional dalam pengurusan pemain antara Brazil dan Eropah akhirnya memetik putik cinta hingga membawa pasangan itu ke jenjang pelamin.

Meskipun laporan mengenai agama barunya itu sedang giat diperkatakan, bekas pemain Fenerbahce itu sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi atau pengesahan secara langsung berhubung berita berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved