Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Kemelut antara dua pelawak terkenal, Jep Sepahtu dan Shuib, nampaknya masih belum menemui titik noktah apabila isu yang melibatkan mereka kini turut membabitkan tindakan undang-undang.
Terbaharu, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin tampil memberikan respon selepas Shuib memuat naik video penjelasan dan permohonan maaf berhubung kontroversi yang tercetus antara mereka.
Menerusi kenyataannya, Jep turut memohon maaf kerana tindakan undang-undang terhadap bekas rakan sekumpulannya itu sudah pun diambil atas nasihat peguam.
“Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.
“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH,” katanya.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Aku takkan boleh menidakkan kenangan kita” – Shuib Mohon Maaf Kepada Jep
Artikel berkaitan: “Kalau sembang, semua orang boleh, lagi-lagi zaman podcast” – Jep Sepahtu Tayang Resit Bayar Zakat
Terdahulu, selepas hampir seminggu berdiam diri, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad tampil memohon maaf kepada Jep menerusi video yang dimuat naik di media sosial.
Dalam video tersebut, Shuib turut memaklumkan bahawa dia menerima kecaman orang ramai susulan hantaran yang dimuat naik Jep pada 8 Oktober lalu.
Sebelum ini, Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib yang didakwa masih membangkitkan isu persahabatan mereka menerusi sebuah podcast.
Jep mengakui sudah memohon maaf atas perkara yang berlaku sebelum ini, namun meluahkan rasa jemu apabila isu berkenaan terus diperkatakan secara terbuka.
Sumber: Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![“Bukan Pasal Sindir, Ini Fitnah” – Ini Respon Jep Selepas Shuib Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/jep-ambil-tindakan-undang-undang-ke-atas-shuib.jpg?t=1792050495)



