

Tindakan melampau dan biadab! Sebuah kumpulan samseng jalanan bertindak luar kawalan apabila dan menutup laluan di Lebuhraya Linkedua semata-mata mahu memberi laluan kepada aksi lumba haram sesama sendiri.
Video berdurasi 33 saat yang tular di media sosial sejak petang Sabtu itu memaparkan pengguna jalan raya lain dipaksa berhenti bagi memberi laluan mereka berlumba.
Aksi berbahaya itu dikesan berlaku dari Kilometer (KM) 33 susur Tol Senai Utara hingga KM31 berhampiran Johor Premium Outlet (JPO), melibatkan dua motosikal yang memecut laju tanpa menghiraukan keselamatan awam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee menegaskan, pihak polis tidak akan bertoleransi dan kini sedang giat mengesan semua individu yang terlibat, termasuk penonton di tepi lebuh raya yang seolah-olah menyokong tindakan haram tersebut.
Kes Disiasat: Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Memandu secara melulu dan membahayakan).
Tindakan Lanjutan: Pemburuan polis kini memfokuskan kepada dalang penyekatan laluan dan pemilik jentera yang terlibat.
Saksi Kejadian Diminta TampilSikap ego dan selfish kumpulan ini mencetuskan gelombang kemarahan netizen yang menyifatkan tindakan mereka bukan sahaja menyusahkan orang ramai, malah meletakkan nyawa pengguna jalan raya lain dalam bahaya.
Orang awam yang mempunyai maklumat atau menyimpan rakaman papan pemuka (dashcam) diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507 untuk membantu mengheret penjenayah jalanan ini ke muka pengadilan!




![[VIDEO] Polis siasat pelumba haram tutup laluan Lebuh Raya Linkedua](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LUMBA-HARAM-TUTUP-JALAN-1024x768.jpeg)

