Ini Hukum Lepaskan Haiwan Ternakan Di Tempat Terbuka Sehingga Membahayakan Orang Lain [Video]

26 Aug 2026 • 4:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ini Hukum Lepaskan Haiwan Ternakan Di Tempat Terbuka Sehingga Membahayakan Orang Lain [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan individu yang mempunyai binatang ternakan dilihat sering membiar atau melepaskan haiwan mereka bebas bergerak di tempat terbuka atas beberapa faktor.

Namun kadangkala, tindakan sebegini sebenarnya boleh mengundang bahaya serta mendatangkan mudarat khususnya kepada orang sekeliling.

Buat mereka yang beragama Islam, pernah tak anda terfikir apakah hukum membiarkan haiwan ternakan sehingga membahayakan orang lain?

Harus Biarkan Haiwan Ternakan Bergerak Secara Bebas

Menurut Jabatan Mufti Negeri Sembilan, hukum melepaskan haiwan ternakan bergerak secara bebas di tempat terbuka secara asasnya adalah harus jika kawasan tersebut sememangnya sesuai dan tidak memudaratkan orang lain.

Namun jelas mereka, pemilik haiwan bertanggungjawab dalam memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran sehingga mengganggu, merosakkan harta benda atau membahayakan individu di sekelilingnya.

Berdosa Lepaskan Haiwan Ternakan Sehingga Mengganggu Orang Lain

Tambah Jabatan itu lagi, pemilik haiwan juga perlu memastikan sumber makanan haiwan ternakan serta tidak membiarkan ia bebas memasuki kawasan larangan.

“Jika kambing, lembu, ayam atau ternakan lain dilepaskan sehingga masuk ke kebun atau halaman jiran lalu merosakkan tanaman, memakan tanaman atau menyebabkan kerugian, perbuatan tersebut boleh menjadi berdosa kerana menimbulkan kemudaratan kepada harta orang lain,” kata mereka, lapor Sinar Harian.

Hukum ini bertepatan dengan kaedah fiqh Ad-darar yuzal iaitu kemudaratan hendaklah dihilangkan.

Perkara sama turut dijelaskan oleh penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube.

Jelas beliau, haram hukumnya jika membiarkan haiwan ternakan bebas berkeliaran sehingga memudaratkan orang lain.

“Ini (haiwan ternakan) tidur tengah jalan, dia masuk dalam pagar rumah orang, hukumnya haram, berdosa tuan lembu,” katanya.

Boleh Tangkap Haiwan Ternakan Yang Memudaratkan

Jelas UAI dalam video berasingan, seseorang itu dibolehkan menangkap haiwan ternakan milik orang lain jika haiwan tersebut mendatangkan kemudaratan atau membahayakan.

“Kita boleh buat satu badan untuk menangkap haiwan yang berkeliaran, yang mengganggu memudaratkan orang, boleh.

“Kerana kaedah Islam, Ad-darar yuzal, kalau ada kemudaratan, hendaklah kita hilangkan.

“Kita pun buat satu badan, 10 orang dalam kampung, ligan la ayam yang kacau tanaman orang, letak setempat, kita bela.

“Bila tuan dia datang ambil, kita boleh caj (haiwan) yang kita jaga tu,” katanya.

Perkara sama turut dijelaskan oleh Laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jelas mereka, haiwan ternakan yang berkeliaran boleh ditangkap oleh pihak berkuasa atas dasar menjaga maslahah kepada rakyat.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah badan bertanggungjawab dalam menangani permasalahan haiwan ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya.

“Justeru, atas dasar maslahah pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh mengambil tindakan seperti merampas dan mengenakan denda atau saman terhadap pemilik ternakan tersebut.

“Hal ini adalah dibolehkan di atas dasar menjaga maslahah kepada rakyat secara umumnya seperti mencegah daripada berlakunya kehilangan nyawa, akal dan harta,” kata mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Dibayar Atas Kerja Yang Dilakukan” – Mufti Negeri Sembilan Jelas Hukum Ambil Upah Tangkap Anjing Terbiar Adalah Diharuskan

Baca Artikel Berkaitan: Bela Kucing Tapi Biar Si Bulus Berak Merata Hingga Ganggu Jiran? Ini Penjelasannya Dalam Islam

Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Agama Perjelas Hukum Buang Kucing

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved