Acer Nitro 16 Terbaru Dikuasakan Gabungan Penawaran Terbaru AMD Dan NVIDIA

TechnologyGaming
30 May 2026 • 8:38 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri komputer riba Acer Nitro biasanya diperlihatkan sebagai siri komputer riba yang menawarkan kebolehan gaming berkuasa dengan nilai yang lebih munasabah. Di acara Computex Taipei tahun ini, Acer memperlihatkan penawaran komputer riba gaming Acer Nitro 16 mereka yang memperlihatkan gabungan cip pemprosesan AMD dan kad grafik NVIDIA.

Image from: Acer Nitro 16 Terbaru Dikuasakan Gabungan Penawaran Terbaru AMD Dan NVIDIA

Komputer riba ini merupakan model pertama mereka yang hadir dengan penawaran cip pemprosesan AMD Ryzen 9 9955HX3D yang mana ia adalah sebuah cip pemprosesan komputer riba yang hadir dengan memori 3D V-cache yang terbina didalam CPU untuk mutu gaming yang lebih baik.

Cip pemprosesan tersebut hadir bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5070Ti yang berkuasa untuk menggerakkan permainan di paparan IPS 16 inci dengan resolusi 2560 x 1600 dan kadar segar semula 240Hz untuk mutu paparan gaming yang cukup cantik sekali.

Image from: Acer Nitro 16 Terbaru Dikuasakan Gabungan Penawaran Terbaru AMD Dan NVIDIA

Dari segi I/O, komputer riba ini dimuatkan dengan palam USB4, HDMI 2.1, pembaca kad MicroSD dan sokongan untuk rangkaian internet nirwayar WiFi 6E.

Komputer riba Acer Nitro 16 akan tiba ke pasaran Amerika dan EMEA pada bulan Ogos 2026.