Ini mungkin tahun terakhir saya dengan bola sepak – Ronaldo

FootballSports
17 Aug 2026 • 11:44 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ini mungkin tahun terakhir saya dengan bola sepak – Ronaldo

BERLIN – Ikon bola sepak Cristiano Ronaldo, 41, memberi bayangan paling jelas setakat ini mengenai bila beliau akan bersara, lapor Agensi Akhbar Jerman.

“Ini mungkin tahun terakhir saya dalam bola sepak dan saya mahu meninggalkan legasi yang hebat,” kata penyerang Al-Nassr itu kepada majalah Vogue dalam wawancara pada Ahad sempena perkahwinannya dengan Georgina Rodríguez.

“Saya sudah merancang masa depan saya.

“Saya mempunyai begitu banyak perkara untuk mengisi masa sehingga sukar untuk menyebut hanya satu.

“Bola sepak mungkin meninggalkan kekosongan besar, jadi anda perlu mengisi masa dengan pelbagai cara, bukan hanya satu.

“Selain itu, saya mahu lebih berseronok, lebih banyak mengembara, menonton dan bermain ‘padel’ (sukan raket yang hampir sama dengan tenis) yang memang saya gemari, serta terus menikmati apa yang telah saya peroleh, apa yang telah kami peroleh. Lagipun, sudah 25 tahun dengan begitu banyak pengorbanan,” kata beliau.

Ronaldo juga tidak menolak kemungkinan menambah cahaya mata serta mengadakan satu lagi majlis perkahwinan yang lebih besar.

Beliau kini memegang rekod penjaring terbanyak bola sepak antarabangsa lelaki dengan 146 gol.

Pesaing utamanya Lionel Messi, 39, yang pernah menjuarai Piala Dunia merekodkan 125 gol.

Ronaldo sebelum ini berkata beliau mahu mencapai 1,000 gol sepanjang kerjaya.

Beliau kini memiliki 976 gol dan masih mempunyai semusim di Arab Saudi, selain kemungkinan membuat penampilan perpisahan bersama Portugal dalam Liga Negara-Negara, untuk mencapai angka itu.

Kontraknya bersama Al-Nassr berkuat kuasa sehingga Jun 2027. – Bernama

The post Ini mungkin tahun terakhir saya dengan bola sepak – Ronaldo appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved