Ini Panduan Itinerari Ringkas Ke Kota Kinabalu Selama 3 Hari 2 Malam

7 May 2023 • 3:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kota Kinabalu adalah kota wajib pergi di Malaysia.

Ini Panduan Itinerari Ringkas Ke Kota Kinabalu Selama 3 Hari 2 Malam. Sabah sememangnya merupakan destinasi wajib kunjung di Malaysia. Kalau ada sesiapa yang belum pernah lagi pergi ke Sabah, ini adalah hint untuk anda tempah tiket dan segera menerokai apa yang ada di negeri di bawah bayu ini.

Dalam artikel kali ini, kami senaraikan panduan itinerari yang ringkas tapi padat untuk percutian singkat anda ke Kota Kinabalu, Sabah.

Hari Pertama

Pagi:

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
  • Daftar masuk ke hotel dan berehat sebentar.

Tengahari:

  • Melawat ke Muzium Negeri Sabah dan Kampung Warisan untuk mengetahui sejarah dan budaya Sabah – (Bajet: RM 15)

image is not available
Ini Panduan Itinerari Ringkas Ke Kota Kinabalu Selama 3 Hari 2 Malam

  • Singgah di Menara Jam Atkinson, struktur tertua yang masih berdiri kukuh di Kota Kinabalu – (Percuma)

image is not available

Petang:

  • Bersantai di kawasan tepi laut untuk menikmati pemandangan matahari terbenam – (Percuma).
  • Makan malam di pasar malam di Kota Kinabalu (Bajet: RM 30-50).

Hari Kedua

Pagi:

  • Mulakan hari anda dengan melawat Pantai Tanjung Aru untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Selain dapat melihat pemandangan indah ini dengan mata anda sendiri, bangun awal pagi juga membolehkan anda memanfaatkan sepenuhnya masa travel anda – (Percuma).
  • Menaiki bot ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan menikmati aktiviti penerokaan terumbu karang dan kehidupan laut – (Bajet: RM 30).

image is not available

Tengahari:

  • Kembali ke Kota Kinabalu untuk makan tengahari dan melawat Pasar Minggu Gaya Street – (Percuma).
  • Melawat Masjid Kota Kinabalu, salah satu masjid yang paling indah di Malaysia. Tiada bayaran masuk dikenakan di sini. Anda juga boleh mengenakan pelbagai jenis warna pakaian tradisional seperti jubah, tudung dan kopiah – (Percuma).

Petang:

  • Menikmati pemandangan malam Kota Kinabalu dari Signal Hill Observatory Platform – (Percuma).
  • Makan malam di restoran tempatan berdekatan (Bajet: RM 30-50).

Hari Ketiga

Pagi:

  • Melawat ke Kampung Budaya Mari-Mari untuk mengetahui tentang budaya dan adat istiadat orang asli Sabah – (Bajet: RM 180).

image is not available

  • Singgah di Galeri Seni Sabah untuk melihat hasil karya seni oleh artis tempatan – (Percuma).

image is not available

Tengahari:

  • Pergi ke Kundasang dan Desa Dairy Farm untuk melihat baka lembu hitam putih dan merasai produk tenusu segar – (Bajet: RM 100-150).

image is not available
Kredit foto: Sabahup2date.com

  • Singgah di Taman Kinabalu untuk menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu – (Bajet: RM 15).

Petang:

  • Nikmati makan malam waktu matahari terbenam di restoran yang mempunyai pemandangan indah Kota Kinabalu.
  • Kembali ke hotel dan bersiap sedia untuk pulang keesokan harinya.

Jadual perjalanan ini merangkumi beberapa tarikan pelancongan utama di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun, anda boleh mengubai suai nya mengikut pilihan, minat dan waktu anda sendiri. Selamat melancong!

Anda boleh memilih destinasi mengikut citarasa anda menerusi 20 senarai berikut;