“Ini Semua Bapa-bapa Ada Anak!” – Tular Geng Kayuh Basikal Dakwa Pemandu Bas Sengaja Himpit [Video]

8 Jul 2025 • 11:10 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sukan berbasikal merupakan antara sukan yang mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bukan hanya di kalangan anak muda, malahan sukan ini turut menjadi pilihan semua golongan termasuk selebriti sebagai aktiviti riadah.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa hobi ini juga mampu terdedah dengan risiko bahaya terutamanya ketika berada di jalan raya.

Tular geng kayuh basikal bertekak dengan pemandu bas, dakwa mereka dihimpit

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan pertelingkahan di antara sekumpulan pengayuh basikal dengan seorang pemandu bas di sebuah kawasan jalan raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @spaceramenn, geng penunggang basikal itu mendakwa pemandu bas awam terbabit sengaja menghimpit mereka.

Dalam video sama, turut kedengaran suara salah seorang pengayuh basikal yang mendakwa bahawa ‘pemandu bas itu cuba membunuh mereka’.

Pemandu bas didakwa sengaja himpit geng basikal di lorong kiri

Menerusi cerita yang dikongsikan oleh penunggang basikal itu, mereka pada awalnya sedang bergerak secara berkelompok dan berada di lorong kiri jalan raya terbabit.

Bagaimanapun dakwanya, secara tiba-tiba sebuah bas awam dengan sengaja menghimpit mereka dan hampir melanggar salah seorang penunggang basikal meskipun ketika itu lorong di sebelah kanan kosong tiada kenderaan lain.

Dakwanya lagi, pemandu bas terbabit kemudiannya berhenti di tepi jalan sebelum turun dan cuba menendang salah seorang pengayuh basikal.

Pertelingkahan di antara geng penunggang basikal dan pemandu bas itu akhir tamat selepas kehadiran seorang anggota Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ).

Netizen lebih backup pemandu bas dari geng kayuh basikal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bagaimanapun lebih menyebelahi pemandu bas terbabit.

Kebanyakan netizen percaya bahawa kumpulan pengayuh basikal itu sebenarnya memakan jalan menyebabkan pemandu bas terbabit bertindak sedemikian.

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa mereka tidak sepatutnya mengayuh basikal di jalan berkenaan kerana akan mendatangkan kesusahan kepada pemandu terutamanya yang memandu kenderaan berat.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available