Ini Senarai 11 Barang Yang Tidak Akan Dikenakan Cukai SST

LocalFood
18 Jun 2025 • 4:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, bermula 1 Julai ini, kerajaan Malaysia menguatkuasakan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 5%. Jadi, ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang bimbang dengan kadar kenaikan harga untuk membeli barang-barang keperluan.

Disebabkan itu, di sini kami menyenaraikan semua barang-barang keperluan yang tidak akan dikenakan cukai SST.

1. Buah buahan tempatan

  • Buah pisang
  • Durian
  • Betik
  • Tembikai
  • Cempedak
  • Nangka
  • Langsat
  • Rambutan

Kesemua buah yang selagi ianya ditanam di tanah tempatan, ia tidak akan dikenakan cukai. Namun, jika ada di antara buah-buahan di atas yang diimport dari negara luar, ia akan dikenakan cukai.

 

2. Sayur segar

Sayur segar atau yang disejukkan akan dikecualikan daripada dikenakan cukai. Akan tetapi, sayuran beku atau yang diawet bakal dikenakan cukai. Contohnya seperti, kacang beku, jeruk timun, cendawan kering dan cendawan truffle.

image is not available

image is not available

 

3. Ikan segar

  • Ikan bilis
  • Sardin
  • Ikan keli
  • Tilapia
  • Ikan kap
  • Belut
  • Tenggiri
  • Ikan siakap

Untuk memudahkan fahaman, ikan-ikan yang tak disenaraikan di bawah akan dikenakan cukai, seperti ikan salmon, ikan kod dan sebagainya.

image is not available image is not available

 

4. Ikan kering atau ikan masin atau yang dah diawet

  • Tilapia
  • Ikan bilis
  • Ikan hering
  • Ikan kod

image is not available

image is not available

5. Isi ikan (fillet)

Antara isi ikan yang boleh dikecualikan sukai SST:

  • Tilapia
  • Perch Nil
  • Ikan keli
  • Ikan sebelah (flat fish)

image is not available

image is not available

6. Kerang, moluska, krustasea

  • Ketam
  • Udang
  • Kupang
  • Sotong
  • Kerang
  • Lala

Semua ini dikecualikan cukai untuk yang hidup dan segar sahaja. Kalau yang diawet dan dikeringkan akan dikenakan cukai.

Semua makanan laut lain yang tiada dalam senarai ini akan dikenakan cukai, contohnya macam tiram, scallop, sotong kurita).

image is not available image is not available

 

7. Susu

Pengecualian cukai tidak akan dikenakan kepada produk tenusu lain seperti yogurt, mentega, marjerin, minyak sapi.

image is not available image is not available

 

8. Teh & kopi

Hanya kopi mentah (iaitu dalam bentuk biji kopi yang dipanggang atau tidak panggang) dan daun teh dikecualikan daripada cukai SST ini. Ini bermakna jenis-jenis lain (iaitu kopi segera, teh susu) akan dikenakan cukai.

image is not available image is not available

 

9. Minyak masak

Hanya minyak masak daripada kelapa sawit sahaja yang akan dikecualikan daripada dikenakan cukai. Minyak lain sepeti minyak zaitun, minyak biji bunga matahari, minyak bijan semua akan dikenakan cukai.

image is not available image is not available

 

10. Tepung & beras

Barang-barang ruji harian ini dikecualikan daripada dikenakan cukai, jika diperhatikan dalam dokumen ini, semua jenis beras termasuklah beras wangi dan basmathi tidak dikenakan cukai, pasta juga tidak dikenakan cukai.

Untuk memudahkan fahaman, selain pasta, makanan yang berasaskan tepung, seperti mee segera, mihun juga dikecualikan daripada kena cukai SST.

image is not available image is not available image is not available

 

11. Garam

image is not available

Apa-apapun, harap perkongsian ini dapat serba sedikit membantu kita untuk fahami berkenaan dengan pelaksanaan 5 % cukai SST ini.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.