Ini soal MB bukan Ismail Lasim, anak beranak campur ini apa hal? – Ahmad Zahid

LocalPolitics
18 Nov 2026 • 3:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegur tindakan anak kepada Datuk Ismail Lasim yang mempertikaikan kenyataan Barisan Nasional (BN) berhubung peletakan jawatan bapanya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Menurut Ahmad Zahid, perkara berkenaan melibatkan urusan pentadbiran negeri dan kedudukan Menteri Besar, bukannya isu peribadi yang memerlukan campur tangan ahli keluarga.

Beliau turut mempersoalkan tindakan tersebut memandangkan soal pelantikan serta peletakan jawatan Menteri Besar berkait rapat dengan pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini isu pentadbiran negeri. Anak beranak campur ini apa hal? Ini soal menteri besar, bukan soal bapaknya Ismail Lasim,” katanya, hari ini.

Image from: Ini soal MB bukan Ismail Lasim, anak beranak campur ini apa hal? – Ahmad Zahid

Terdahulu, Ismail dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa pada Isnin, sekali gus mencetuskan perhatian terhadap perkembangan kepimpinan kerajaan negeri.

Susulan itu, anaknya, Naim Ismail menerusi akaun Instagram @naimismaill_ dilaporkan mempersoalkan tindakan BN mengeluarkan kenyataan berhubung peletakan jawatan bapanya.

May be an image of text

Naim turut memuat naik hantaran di Instagram yang memberikan gambaran seolah-olah terdapat pihak lain yang dijadikan ‘kambing hitam’ dalam isu berkenaan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berpandangan bahawa perkara melibatkan kedudukan Menteri Besar perlu dilihat dalam konteks pentadbiran negeri dan bukannya urusan kekeluargaan.

Sumber: Kosmo! Online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved