Ini Tiga Sektor Perkhidmatan Awam Dikecualikan BDR

LocalPolitics
2 Apr 2026 • 9:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Terdapat tiga sektor perkhidmatan awam akan dikecualikan dari pelaksanaan dasar Bekerja dari Rumah (BDR).

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), sektor keselamatan dan pertahanan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, Penjara, Penguatkuasaan Maritim, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan dikecualikan.

Sektor kesihatan turut dikecualikan iaitu bagi pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai pergigian, jururawat dan lain-lain skim perkhidmatan di bawah Klasifikasi Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan (U).

Baca juga:

Selain itu, sektor perkhidmatan pendidikan yang terlibat dengan sesi persekolahan juga dikecualikan.

JPA berkata sektor selain senarai itu perlulah melaksanakan BDR sepertimana yang diarahkan oleh kerajaan. 

"Walau bagaimanapun, dalam memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas, Ketua Jabatan hendaklah menentukan perkhidmatan penting (essential services) dan menyusun hari BDR bagi perkhidmatan tersebut sewajarnya mengikut kesesuaian operasi," katanya menerusi Surat Edaran.

Dasar BDR ini akan bermula pada 15 April selama tiga hari seminggu.