Inkues murid 10 tahun mati: Guru, rakan antara 51 saksi dipanggil

11 Aug 2026 • 12:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Inkues murid 10 tahun mati: Guru, rakan antara 51 saksi dipanggil

SEREMBAN – Mahkamah Koroner hari ini menetapkan seramai 51 saksi akan dipanggil sepanjang prosiding inkues bagi mencari punca kematian seorang murid lelaki berusia 10 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di tandas sebuah sekolah di Senawang, di sini pada 2 Oktober 2025.

Pegawai pengendali inkues, Norazihah Asmuni berkata, kesemua saksi tersebut termasuk guru-guru, pelajar sekolah dan rakan mangsa bagi mengetahui punca kematian Iman Zhafran Abdullah yang berusia 10 tahun ketika kejadian.

Koroner, Tasnim Abu Bakar menetapkan tujuh hari bagi prosiding inkues kes berkenaan iaitu pada 14 dan 21 September, 5,6 dan 7 Oktober seterusnya 21 dan 28 Oktober dengan setiap sesi bermula pukul 2.30-4.30 petang.

Pada prosiding hari ini bapa mangsa, Muhammad Hafizuddin Abdullah, 41, dan ibunya, Zuzita Murib turut kelihatan hadir ke mahkamah.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Muhammad Yazid Mohamad Salim memohon kepada mahkamah supaya pihaknya dan ibu bapa mangsa membuat pemeriksaan saksi.

Muhammad Yazid turut memohon budi bicara mahkamah untuk membenarkan penzahiran dokumen iaitu satu salinan dokumen diberikan kepada pihak peguam dan keluarga mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan punca kematian murid lelaki tahun empat yang ditemui tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Senawang, di sini pada 2 Oktober 2025 disebabkan tekanan pada leher.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, hasil bedah siasat di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau mendapati tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa. – KOSMO! ONLINE

The post Inkues murid 10 tahun mati: Guru, rakan antara 51 saksi dipanggil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved