Koroner jadual tujuh hari siasat kematian murid Senawang

11 Aug 2026 • 2:20 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Koroner jadual tujuh hari siasat kematian murid Senawang

Mahkamah Koroner Seremban tetapkan tujuh hari prosiding inkues kematian pelajar 10 tahun di Senawang, panggil 51 saksi termasuk guru dan pelajar.

SEREMBAN: Mahkamah Koroner di sini hari ini menetapkan tempoh tujuh hari bagi prosiding inkues siasatan kematian pelajar lelaki berusia 10 tahun, yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Senawang, Oktober tahun lepas.

Koroner Tasmin Abu Bakar menetapkan prosiding itu berlangsung pada 14 dan 21 Sept, serta 5 hingga 7 Okt selain 21 dan 28 Okt dengan sesi bermula pada 2.30 petang.

Terdahulu, pegawai pengendali inkues Norazihah Asmuni berkata sebanyak 51 saksi akan dipanggil memberi keterangan termasuk guru, pelajar dan rakan mangsa.

Pada prosiding hari ini bapa mangsa Muhammad Hafizuddin Abdullah, 41, dan ibu Zuzita Murib Sagita, 40, turut hadir ke mahkamah.

Peguam mewakili keluarga mangsa Muhammad Yazid Mohamad Salim mengemukakan dua permohonan iaitu supaya ibu dan bapa, dibenarkan membuat pemeriksaan terhadap saksi serta memohon salinan dokumen berkaitan dibekalkan kepada pihaknya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad sebelum ini, dilaporkan berkata punca kematian murid lelaki tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah sekolah di Senawang pada 1 Okt lepas disebabkan tekanan pada leher.

Beliau berkata bedah siasat yang dijalankan di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau juga mendapati tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh badan mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved