
PETALING JAYA – Dalam industri kesihatan, pelbagai inovasi terbaharu diperkenalkan syarikat untuk membolehkan ia berada di hadapan dalam pasaran sekali gus dapat membantu menyelesaikan masalah pengguna dan menambah baik tahap kesihatan mereka.
Bagi syarikat yang telah lama berada di pasaran sejak tahun 2015 itu, Suu Balm, yang diformulasikan oleh National Skin Centre, Singapura kini telah berkembang menjadi jenama penjagaan kulit yang dikenali ramai.
Produk pelembap itu menyerlahkan kejayaan syarikat melalui jenama Suu Balm dalam menawarkan penyelesaian berkesan untuk kulit kering, gatal dan sensitif.
Meneruskan kegemilangan tersebut, syarikat telah memperkenalkan Moisturising Cooling Body Patch, satu penyelesaian bersasar yang memberikan kelegaan apabila berlakunya kegatalan melalui sensasi sejuk selama berjam-jam, tepat pada bahagian yang memerlukannya.
Inovasi terbaharu daripada jenama yang telah memenangi anugerah itu dilihat dapat membantu diri pengguna yang suka menggaru bahagian seperti dalam siku, belakang lutut atau mana-mana bahagian yang kegatalannya tidak kunjung reda, sehingga boleh menyebabkan luka.
Pengasas Bersama Suu Balm, Dr. John O’Shea berkata, antara masalah utama yang sering dihadapi individu yang mengalami kegatalan berterusan adalah masalah gatal pada waktu malam sehingga menganggu tidur mereka.
“Menggaru juga boleh menyebabkan kerosakan baharu pada kulit apabila mereka menggaru tanpa sedar.
“Dengan krim dan losen konvensional, kesannya juga boleh dirasakan hanya untuk tempoh yang singkat. Oleh itu, kami mencipta tampalan badan ini untuk mengatasi kekangan tersebut,” katanya dalam kenyataan.
John menjelaskan, Moisturising Cooling Body Patch adalah produk pertama seumpamanya yang menggabungkan tiga manfaat penting dalam satu format iaitu kelegaan kegatalan melalui sensasi sejuk yang berpanjangan, pelembapan serta perlindungan fizikal.
Tampalan hidrogel ini menggunakan mentol ikonik Suu Balm bersama 5X ceramide yang seiras dengan ceramide semula jadi kulit untuk menenangkan kegatalan berterusan selama berjam-jam, di samping membantu memulihkan lapisan pelindung kulit.
Bertindak sebagai pelindung fizikal, tampalan ini turut membantu mengelakkan kecederaan lanjut akibat menggaru, sekali gus memberikan persekitaran yang lebih baik untuk kulit membaiki dan memulihkan dirinya.
“Apa yang menjadikan format ini menarik dari sudut klinikal ialah keupayaannya untuk membekalkan bahan aktif secara berterusan terus ke kawasan yang terjejas.
“Bagi mereka yang mengalami kegatalan berpanjangan, tempoh sensasi sejuk dan sentuhan yang lebih lama ini boleh memberikan manfaat yang ketara, membolehkan kulit bertindak balas dan pulih dengan lebih baik berbanding apa yang biasanya dapat dicapai dengan krim sapuan sahaja,” jelas beliau.
Tambah John, produk ini bersesuaian untuk mereka yang kurang gemar menyapu semula krim dengan kerap jadi format tampalan yang tidak melekit dan tidak bersepah ini turut menawarkan cara yang lebih mudah untuk menguruskan bahagian kulit yang mengalami kegatalan berterusan.
Sementara itu, Pengasas Bersama Suu Balm, Jason Humphries menerangkan, kegatalan adalah sesuatu yang kedengaran mudah, tetapi ia boleh menguasai kehidupan seseorang sepenuhnya.
“Segala yang kami lakukan di Suu Balm adalah untuk memberikan kelegaan yang sebenar dan berpanjangan kepada pengguna.
“Melalui tampalan ini, ia menjadi jawapan kami yang paling bersasar setakat ini terhadap salah satu cabaran paling berterusan yang dihadapi oleh komuniti kami.
“Kami berharap ia akhirnya dapat memberikan keselesaan yang sekian lama dinantikan oleh mereka yang mengalami kegatalan.”
Selaras dengan komitmen jenama terhadap formulasi yang lembut, berprestasi tinggi dan disokong secara klinikal, Moisturising Cooling Body Patch bebas daripada steroid, pewangi, paraben dan bahan pengawet, menjadikannya sesuai untuk kulit kering, gatal dan sensitif.
Pelancaran ini turut menandakan pengembangan penting dalam rangkaian penjagaan badan Suu Balm, melengkapi Rapid Itch Relief Ceramide Moisturiser dan Cooling Spray Moisturiser.
Bersama-sama rangkaian ini, syarikat menawarkan sistem penjagaan kegatalan yang komprehensif untuk membantu menguruskan kulit kering, gatal dan sensitif bila-bila masa. -KOSMO! ONLINE
The post Inovasi Suu Balm perkukuh jenama penjagaan kulit appeared first on Kosmo Online.






