Inovasi Terbaharu PDRM, Cipta Alat Jejak Orang Hilang & Penyeludupan Tanpa Internet

LocalTechnology
11 Jul 2025 • 4:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selain daripada kegiatan jenayah seperti kecurian atau merompak, aktiviti penyeludupan dan kes orang hilang juga sering berlaku di Malaysia.

Keadaan ini amat membimbangkan apatah lagi ada segelintir kes boleh mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikannya.

Kadangkala, ada kes atau kejadian yang menemui jalan buntu dan tiada penyelesaian.

PDRM Cipta Alat Baharu, Bantu Kesan Orang Hilang

Terbaharu, Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merangkul dua anugerah pada Sambutan Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia 2025 menerusi penciptaan alat pengesan Dr Tracker dan Dr Ghaz Sensor.

Dr Tracker dinobatkan sebagai johan kategori penciptaan manakala Dr Ghaz Sensor berada di tangga kedua bagi kategori inovasi.

Keadaan ini sekaligus menjadikan Bridged Sarawak PGA berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM8,000.

Menurut Ketua Kumpulan Artificial Intelligent (AI), Pegawai Pensenjataan Briged Sarawak PGA, Inspektor Rozaimi Ahmad Zaidi, Dr Tracker merupakan alat peranti pengesan tanpa perlu menggunakan internet.

“Alat ini memudahkan pasukan untuk mengesan petugas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di dalam hutan tebal sekiranya ada anggota yang hilang atau sesat.

“Ia juga memudahkan kami untuk mengetahui kedudukan anggota untuk menghantar bantuan sekiranya mangsa atau apa jua keadaan yang perlukan bantuan.

“Menariknya alat ini tidak bergantung kepada internet yang peranti ini pada asalnya boleh didapati di pasaran, namun pasukan kami melakukan ‘coding’ dan lahir Dr Sensor ini,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

image is not available
Foto: FB Bridged Sarawak PGA

Sudah Mula Digunakan Ketika Sesi Latihan

Jelas Rozaimi lagi, alat yang dicetuskan oleh Komander Briged Sarawak PGA, Senior Asistan Dr Che Ghazali Che Awang sudah mula digunakan ketika latihan Bridged PGA Sarawak pada Oktober lalu dan terbukti berkesan.

“Buat masa ini kami sedang dalam proses mendaftarkan peranti ini menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan belum bercadang untuk mengeluarkannya secara komersial,” jelasnya lagi.

Alat Dr Ghaz Sensor Bantu Kesan Pendatang Asing & Penyeludup

Kongsi Rozaimi, alat Dr Ghaz Sensor pula berupaya mengesan kehadiran penyeludup dan kemasukan pendatang asing tanpa izin di sempadan negara melalui jalan tikus atau jalan gajah.

“Kebiasaannya kami hanya mempunyai satu pos kawalan bagi satu kawasan, jadi jumlah anggota dapat dikurangkan bagi mengawal setiap kawasan yang besar,” jelasnya.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan diiringi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Perkembangan Teknologi Jadi Teras Utama Tingkatkan Kecekapan Dalam Operasi

Dalam pada itu, Ayob Khan menjelaskan, perkembangan teknologi pintar, automasi, data raya dan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi teras utama dalam usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi kepolisan.

Jelasnya, sebanyak 28 Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu telah dipersembah dan 15 daripada mereka terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Projek dapat meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kemudahan akses masyarakat kepada perkhidmatan kepolisan melalui penggunaan teknologi digital.

“Sejajar reformasi perkhidmatan awam, PDRM perlu memperkemaskan proses kerja melalui pendigitalan sistem dan operasi ke arah perkhidmatan tadbir urus yang lebih profesional, efisien dan kompeten serta berdaya saing,” ujarnya.

HARI INOVASI PDRM: DIGITALISASI TERAS INOVASI KEPOLISAN Gambar sekitar Majlis Persada Inovasi Peringkat Polis Diraja…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Thursday 10 July 2025

MAJLIS PERSADA INOVASI POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2025 SEREMBAN, 10 JULAI 2025 (KHAMIS) – Briged Sarawak Pasukan…

Posted by Briged Sarawak PGA on Thursday 10 July 2025

Source: