Insta360 Luna Ultra Dikemaskini Dengan Zum 15X dan Kit Lensa 450mm

TechnologyDigital
22 Sep 2026 • 8:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Insta360 Luna Ultra Dikemaskini Dengan Zum 15X dan Kit Lensa 450mm

Jun lalu Insta360 Luna Ultra dilancarkan dengan ia kamera gimbal kompak pertama dengan dwi kamera di Malaysia. Selepas lebih tiga bulan dilancarkan, kamera ini menerima kemas kini perisian yang mengaktifkan zum digital ke 15X. Sebelum ini zum digital dihadkan ke 12X sahaja.

Image from: Insta360 Luna Ultra Dikemaskini Dengan Zum 15X dan Kit Lensa 450mm

Selain kemas kini perisian, Insta360 turut melancarkan kit lensa zum tambahan Ultra Telephoto Lens yang meningkat keupayaan zum ke 450mm atau bersamaan 22.5X. Kit ini dipasang. terus pada kepala gimbal Luna Ultra apabila ingin digunakan.

Kit dijual pada harga $53.99 (~RM 220) sebuah tetapi ia masih belum ditawarkan di Malaysia semasa artikel ditulis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved