Framework ialah jenama komputer riba dari Amerika Syarikat yang cukup terkenal untuk mempopularkan konsep komputer riba modular, yang mana pengguna boleh memilih komponen dan bahagian-bahagian yang dimahukan, dari jenis paparan, palam-palam input dan juga saiz bateri.
Model terbaru Framework, iaitu Framework Laptop 13 Pro telah diperkenalkan baru-baru ini, dan dengannya, penggunaan siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” yang terbaru. Untuk model komputer riba ini, CPU yang ditawarkan termasuklah Intel Core Ultra 5 325, Intel Core Ultra X7 358H, dan Intel Core Ultra X9 388H.

Model dengan cip Core Ultra X dimahukan khususnya kerana ia hadir dengan cip grafik Intel Arc B390 terbina didalamnya yang hadir dengan kemampuan gaming yang sangat baik sekali khususnya untuk komputer riba kelas nipis dan ringan yang selalu dilihat sebagai mesin produktiviti sahaja.
Selain daripada itu, komputer riba ini juga dimuatkan dengan penawaran memori LPCAMM2 dengan sokongan kapasiti sehingga 64GB, bateri sebesar 74.45 dengan sokongan pengecasan 100W, slot storan PCIe 5.0 dan paparan skrin bersaiz 13.5 inci dengan resolusi setinggi 2880×1920 dengan nilai kecerahan setinggi 700 nit dan kadar segar semula setinggi 120Hz yang boleh dipilih.
We sold out of the limited batch of Core Ultra X9 configs almost immediately, but X7 remains available. We're working to get more X9 allocation as quickly as we can, but we don't have a date yet from Intel in this silicon environment. https://t.co/ZIqlnxtFpI
Framework Laptop 13 Pro ini juga baru mula dijual, tetapi menurut mereka, model dengan CPU Intel Core Ultra X9 telah habis dijual buat masa ini, tetapi model dengan cip Intel Core Ultra X7 yang hadir dengan cip grafik yang sama masih lagi boleh dibeli di laman web Framework dan akan mula dihantar ke pasaran-pasaran tertentu bermula bulan Jun ini.





