Instagram Notes Dikembangkan Kepada Reels Yang Dipadam Selepas 3 Hari

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 12:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram Notes adalah ciri baharu yang dilihat menarik perhatian ramai. Ramai orang menggunakannya sehingga Instagram mengembangkan ciri ini banyak bahagian lain. Jika sebelum ini ia terhad di bahagian DM, ia kini dipaparkan di profil dan pengguna turut boleh kongsi video 2 saat. Terbaru, Notes dikembangkan ke Reels dan perkongsian grid pula.

image is not available

Ini bermakna mana-mana video atau gambar anda nampak dikongsikan di Instagram, Notes boleh ditinggalkan pengguna. Begitu juga di Reels dan lebih menarik ia bersifat semi-peribadi kerana pengguna boleh ubah siapa yang melihat Notes ini. Ia juga akan dipadam secara automatik selepas 3 hari berbanding Notes asal yang bertahan 24 jam.

Notes yang dikongsi turut akan dipaparkan sebagai seakan pelekat. Jika anda risaukan setiap Notes ini bersifat peribadi boleh mendorong kepada pembulian siber kerana pemilik akaun juga tidak boleh melihatnya, Instagram akan membenarkan ciri ini dimatikan pada bila-bila masa. Adakah anda tegar menggunakan Notes atau sudah jarang menggunakan Instagram?