WhatsApp Menguji Paparan WhatsApp Status Pada Halaman Utama

TechnologyDigital
2 May 2026 • 6:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp sedia menawarkan ciri dinamakan WhatsApp Status, dimana ia membolehkan pengguna berkongsi gambar atau video yang hilang selepas tempoh 24 jam – iaitu ciri variasi Stories seperti yang terdapat di Instagram, Facebook dan lain-lain perkhidmatan. Selepas sekian lama disertakan pada bahagian “Kemaskini” sebelum ini, kini WhatsApp menguji paparan Status terus pada halaman utama aplikasi permesejan berkenaan.

Melalui ujian yang hadir, ia dilihat dipaparkan dalam bentuk ikon kecil pada bahagian atas, dan pengguna boleh tarik ke bawah atau tap padanya dalam menjadikannya bersaiz besar.

image is not available
image is not available

Paparan pada halaman utama juga memastikan rakan-rakan tidak tertinggal dalam menonton WhatsApp Status, sekaligus memastikan kadar capaian yang lebih meluas lagi. Malah, WhatsApp sebelum ini telah membincangkan penawaran paparan iklan pada bahagian WhatsApp Status, dan untuk tujuan berkenaan, capaian yang meluas adalah diperlukan.

Buat masa ini, WhatsApp telah menguji paparan ini pada WhatsApp Beta. Ia tidak diketahui lagi sama ada ia akan diperkenalkan secara meluas atau sebaliknya. Bagi anda, apa kata anda berkenaan penawaran WhatsApp Status pada halaman utama WhatsApp ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved