Instagrammable Sambil Menikmati Sunset, Night Market Baru Di Kota Kinabalu

14 Feb 2024 • 9:58 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tempat menarik untuk lepak di Kota Kinabalu sambil menikmati sunset di petang hari

Instagrammable Sambil Menikmati Sunset, Night Market Baru Di Kota Kinabalu. Kota Kinabalu kini mempunyai pasar malam atau night market terbaru yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin menghabiskan petang sambil menikmati keindahan sunset yang indah.

Dikenali sebagai SICC Sunset Walk, pasar malam ini beroperasi seperti biasa pada Jumaat dan Sabtu setiap minggu dari pukul 4:30 petang hingga 11 malam.

image is not available
Instagrammable Sambil Menikmati Sunset, Night Market Baru Di Kota Kinabalu. Sumber: Facebook

Pasar malam yang baru dibuka sejak beberapa minggu lalu ini mengusung konsep minimalis dan estetik dengan dekorasi lampu-lampu cantik.

Di SICC Sunset Walk, pengunjung boleh menemui pelbagai pilihan makanan dan minuman dari street food hingga masakan western.

Tempat yang selesa dan instagrammable sambil melihat sunset

Bagi pengunjung yang ingin bersantai sambil menikmati pemandangan, terdapat spot duduk yang indah di tengah-tengah pasar malam.

Suasana di SICC Sunset Walk sangat selesa dan Instagrammable, sempurna untuk menghabiskan masa petang sambil berborak bersama kawan atau keluarga.

Maklumat penting

Lokasi: SICC (Jalan Tanjung Lipat, Jalan Tun Fuad Stephens, 88400 Kota Kinabalu, Sabah)

Waktu operasi: 4:00 petang – 10:30 malam

Baca juga artikel yang berkaitan:

https://www.iloveborneo.my/senarai-event-seni-di-sabah-tahun-2024