Insya-Allah saya akan maklumkan – Siti Nurhaliza bakal umum artis jemputan konsert Gema Bumantara

EntertainmentMusic
27 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Insya-Allah saya akan maklumkan – Siti Nurhaliza bakal umum artis jemputan konsert Gema Bumantara

PETALING JAYA: “Nantikan.”

Demikian jawapan yang diberikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin apabila ditanya mengenai gerangan artis jemputan yang bakal memeriahkan konsert Gema Bumantara yang akan diadakan pada Oktober ini.

Menurut Siti, pihaknya sudah menyenarai pendek artis jemputan yang bakal membuat persembahan dan akan mengumumkannya pada sidang media yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Artis jemputan belum diumumkan lagi. Harap peminat dapat bersabar. Insya-Allah, kita akan maklumkan dalam sidang media khas, tidak lama lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Siti berkata persiapan untuk konsert tersebut sedang giat dijalankan malah pengarah muzik yang bakal menerajui konsert itu juga sudah ditetapkan.

“Konsep sudah ada, lagu pun sudah dimuktamadkan. Selepas ini saya akan berlatih untuk memantapkan stamina, Insya-Allah bermula minggu hadapan.

“Pada masa yang sama, kita sudah kenal pasti pengarah muzik yang bakal menerajui konsert itu nanti. Perbincangan sepasukan juga sudah berjalan, Insya-Allah latihan intensif akan bermula bulan lapan ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Siti meluahkan rasa gemuruh menjelang konsert yang bakal dipentaskan di TM Stadium Nasional itu.

“Tentulah saya gemuruh, apatah lagi membuat persembahan di lokasi yang cukup besar dengan konsep tradisional pula, banyak perkara yang harus saya fikirkan.

“Tapi Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan. Yang penting doakan saya sihat menjelang konsert Gema Bumantara,” kongsinya lagi.

Konsert Gema Bumantara bakal diadakan pada 17 Oktober ini. Tiket berharga RM70 hingga RM1,699 dijual menerusi platform www.ticket2u.com.my.

The post Insya-Allah saya akan maklumkan – Siti Nurhaliza bakal umum artis jemputan konsert Gema Bumantara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved