PAS Johor Sasar Parlimen Muar Pada PRU-16, Dakwa Syed Saddiq Sibuk ‘Berendut’ Dengan Bella Astillah

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 12:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed ketika berucap dalam Program Ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor baru-baru ini menyasarkan untuk merampas kerusi Parlimen Muar.

Memetik laporan Malaysia Gazette, beliau berkata, PAS juga nekad untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani pada pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang.

PAS fokus rampas Muar, pertahan Maharani

pesuruhjaya PAS

Beliau turut memaklumkan bahawa jentera parti kini sedang diperkukuhkan lebih awal sebagai persediaan menghadapi persaingan politik yang dijangka lebih sengit di Johor.

Kita nak rampas Parlimen Muar yang sedang bercengkerama dan berendut dengan Bella Astillah.

Program tersebut dirasmikan oleh Muhammad Sanusi Md Nor yang turut melancarkan jentera pilihan raya Pas Johor.

Pssttt! Kerusi Muar dilihat bakal jadi antara kawasan panas menjelang PRU-16. Kenyataan yang dikeluarkan ini juga dijangka terus jadi perhatian, tapi akhirnya pengundi yang akan buat keputusan.

Kredit: Malaysia Gazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post PAS Johor Sasar Parlimen Muar Pada PRU-16, Dakwa Syed Saddiq Sibuk ‘Berendut’ Dengan Bella Astillah appeared first on Oh! Media.