IntactGP Moto2 Ialah Sebuah Pasukan Yang Terjamin

26 Aug 2025 • 6:31 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pasukan IntactGP Moto2 kini semakin hampir merealisasikan impian utama setiap pasukan dalam kancah kejuaraan dunia iaitu melahirkan juara dunia. Pelumba muda mereka, Manuel Gonzalez, kini mempamerkan prestasi luar biasa dan sedang mendahului carta kejuaraan Moto2 menjadikannya calon utama untuk menjuarai gelaran dunia musim ini.

Kehebatan Gonzalez tidak hanya menarik perhatian peminat malah turut mencuri tumpuan pasukan-pasukan utama MotoGP. Pramac Racing dikatakan sedang giat mendekati pelumba Sepanyol itu untuk menyertai mereka dalam saingan MotoGP musim 2026.

Sekiranya perpindahan itu menjadi kenyataan, IntactGP sudah pun mempunyai perancangan tersendiri. Tempat yang ditinggalkan Gonzalez dijangka akan diisi oleh pelumba Moto3 mereka sendiri, David Munoz. Ini bakal menjadi lonjakan penting dalam karier Munoz sekaligus memperkukuhkan laluan pembangunan pelumba dalam struktur pasukan IntactGP dari Moto3 hingga ke Moto2.

IntactGP kini bukan sahaja berada di landasan terbaik untuk mencipta sejarah malah terus membuktikan bahawa mereka adalah antara akademi terbaik dalam membentuk bintang masa depan MotoGP.