Intan Najuwa gigih di dapur tengah malam, suami tiba2 ‘request’ ayam masak kicap

Food
15 Sep 2023 • 9:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
intan najuwa masak

Sejak mendirikan rumah tangga, pelakon berbakat, Intan Najuwa dilihat kerap berkongsi momen sebagai seorang isteri apabila menunjukkan bakat di dapur.

Dah tepek sleeping mask suami minta ayam masak kicap pula

Kali ini, pelakon drama Kekasih Paksa rela itu telah memaklumkan yang ‘encik suami’ memintanya memasak ayam masak kicap untuk dijamah pada waktu malam.

Ujarnya dalam kapsyen berseloroh, dia sudahpun memakai sleeping mask dan secara tiba-tiba suami teringin makan menu tersebut pula.

“Lelaki memang camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetiba dia request ayam masak kicap kul 12am,” tulis Intan.

@intannajuwaaa

Hmm lelaki mmg camni ek, kita dah tepek sleeping mask kat muka, tetibe dia request ayam masak kicap kul 12am

♬ original sound – Intannajuwa – Intannajuwa

Intan Najuwa masak!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Intan Najuwa yang kerana hebat di dapur dan tetap masak juadah yang menyelerakan walaupun sudah hampir memasuki waktu tidur.

Ujar warnganet, jika mereka diminta untuk menyediakan makanan pada waktu sebegitu, mi segera akan menjadi menu utama ataupun telur goreng yang lebih ringkas.

Menu ayam masak kicap pastinya ‘jauh sekali’ terjadi.

image is not available

Lelaki memang macam tu ke?

image is not available

Kita kalau tak telur goreng & megi jela

image is not available

Memang pakej lengkap!

image is not available

Sebelum ni Intan Najuwa masak sup ikan jenahak

Terdahulu, pemilik nama sebenar Datin Intan Najuwa Abdul Wahid, 26 telah berkongsi menu sup ikan jenahak permintaan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39 yang ketika itu sedang demam.

Hantaran tersebut sudah tentu menuai pelbagai pujian memandangkan pelakon berkenaan membuktikan bahawa hantaran yang tinggi bagi wanita sangat berbaloi kerana mempunyai pakej lengkap sebagai seorang isteri.

Untuk rekod, Intan dan Asraf telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos lalu secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan terdekat sahaja.

Sumber: TikTok Intan Najuwa