Intan Najuwa tak nak diskaun, mahu bayar penuh ketika makan di London

EntertainmentLifestyle
18 Aug 2025 • 3:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa menjadi tumpuan umum setelah tular seorang usahawan, Nabilah Nazib, berkongsi momen manis apabila selebriti itu berkunjung ke restoron miliknya di London.

Tolak diskaun, bayar harga penuh

image is not available

Menerusi hantaran di Threads, Nabilah yang juga merupakan pengasas produk rambut SugardollbyNN menyifatkan Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, sebagai seorang selebriti ‘A-List’ yang cukup dikaguminya.

image is not available

“Hari ini Intan Najuwa datang ke kedai kecil kami, Java Fusion di Acton, London. Bila jemput, harap sangat dia sudi datang, sebab lokasi kedai kami agak jauh dari central London di Acton. Tiba-tiba dia hadir bersama suami,” tulis Nabilah di Threads, semalam.

Dalam pada itu, Nabila menyifatkan Intan cukup merendah diri dan enggan mengambil kesempatan di atas popularitinya sebagai bergelar seorang selebriti.

“Dia tak mahu terima diskaun, tetap bayar penuh malah siap kongsi di Instagram lagi. Sebaknya rasa. Intan bukan sahaja artis ‘A-List’, tapi juga seorang yang baik, rendah hati dan kawan yang sangat baik,” jelasnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan gelaran ‘A-list’ diberikan kepada selebriti itu kerana dianggap terlalu besar dan masih belum cukup layak.

Malah ada juga warganet yang tidak menafikan bahawa Intan seorang artis yang cukup merendah diri dan mendoakan agar selebriti itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Gelaran selebriti ‘A-list’ terlalu besar

image is not available

Patut murah rezeki

image is not available

Kagum dengan Intan

image is not available

Sebelum ini, Intan mencuri perhatian warganet setelah membawa anak kecilnya, Imane Lunara bercuti ke London menempuh perjalanan panjang dengan menaiki kapal terbang.

Intan memaklumkan dirinya berdepan masalah ‘overthinking’ seperti tidak mempunyai keberanian untuk membawa anak kesayangan melancong atau bercuti.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.

Sumber: Threads sugardollbynn