Intel Akan Membuang Sehingga 20% Pekerja Pengilangan Bermula Julai – Malaysia Terkesan

TechnologyDigital
17 Jun 2025 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel dipercayai akan memulakan proses membuang antara 15-20% pekerja kilang mereka menurut laporan The Oregonian. Dalam memo yang dilihat oleh The Oregonian, proses pembuangan pekerja ini akan dilakukan di peringkat global dan turut akan mendatangkan impak ke atas pekerja Intel di Malaysia. Pada penghujung 2024, Intel mempunyai sekitar 108,00 pekerja.

Semasa dilantik menjadi CEO baharu, Lip Bu Tan telah menyatakan pengurangan tenaga kerja perlu dilakukan bagi mengurangkan kos operasi syarikat seterusnya memastikan kelangsungan masa depan selepas mengalami kerugian besar.

image is not available

Ogos tahun lalu lebih 15,000 telah dibuang dengan sekitar 2000 kakitangan di Malaysia terkesan. Beberapa pembinaan faundri turut dibatalkan di Eropah dengan skala pengembangan operasi kilang di Pulau Pinang turut dikecilkan.

Kegagalan Intel untuk bersaingan dalam dunia cip kecerdasan buatan (AI) yang kini didominasi oleh NVIDIA, dan isu pada cip Gen-13 serta Gen-14 menyebabkan kedudukan kewangan syarikat terjejas terus. Ia turut menyebabkan CEO Pat Gelsinger dipaksa meletakkan jawatan secara mengejut pada Disember tahun lalu.