Intel dijangka akan memperkenalkan dua siri cip pemprosesan, Intel Panther Lake dan Nova Lake untuk komputer riba dan komputer desktop sekitar suku ketiga tahun ini. Cip-cip pemprosesan ini akan dibina menggunakan proses Intel 18A sendiri, setelah dua generasi cip pemprosesan mereka dibina menggunakan proses 3nm N3B oleh TSMC.
Terkini, beberapa butiran tentang cip pemprosesan Intel Nova Lake-S (Intel Core Ultra 300), siri cip pemprosesan kelas desktop mereka telah tertiris ke arena web. Pertama ialah sokongan untuk memori DDR5 yang lebih pantas, iaitu DDR5-8000 secara lalai. Sebagai perbandingan, siri cip Intel Arrow Lake (Intel Core Ultra 200) menyokong memori DDR5-6400 secara lalai.
Nova Lake -S
8000 MT/s 1DPC 1R
Dalam pada itu, ia juga dikatakan bahawa cip pemprosesan ini akan hadir dengan 32 lorong PCIe 5.0. Sebagai perbandingan sekali lagi, siri cip pemprosesan Intel Arrow Lake hadir dengan 20 lorong PCIe 5.0. Tambahan kepada itu, cip Intel Nova Lake juga dikatakan akan mempunyai 16 lorong untuk sambungan PCIe 4.0.
Satu lagi maklumat penting ialah ia dijangka bahawa siri cip Intel Nova Lake-S ini akan hadir dengan soket papan induk baru yang bermakna bahawa ia tidak akan menyokong papan induk Intel Z890/B860/H810 sedia ada.
New Intel Desktop CPUs coming..
150W for Core Ultra 9/7. Core Ultra 5 125W. pic.twitter.com/mW0MS2lKM9
Ini adalah kerana kemungkinan bahawa cip pemprosesan Intel Nova Lake-S yang paling berkuasa dijangka hadir dengan 52 teras fizikal yang terdiri daripada 16 teras Performance, 32 teras Efficient, dan empat teras Low Power, iaitu teras baru yang diperkenalkan pada siri cip pemprosesan desktop Intel.
Dalam senarai model cip yang diperlihatkan, Intel akan memperkenalkan tujuh model Nova Lake-S apabila cip ini diumumkan kelak.
Intel nampaknya sedang giat memasarkan kebolehan cip-cip pemprosesan akan datang mereka dan telah berkongsi beberapa butiran tambahan tentangnya baru-baru ini. Ini nampaknya telah menyebabkan butiran-butiran ini mula tertiris ke arena web.

