Dalam proses untuk mengecilkan pasukan dan memfokuskan usaha terhadap membangunkan nama mereka sebagai pereka dan pengeluar cip semikonduktor terkemuka, Intel nampaknya akan membuat satu lagi potongan kakitangan, dan kali ini ia akan memberi kesan kepada bahagian teknologi automotif mereka.

Oregon Live telah mengumumkan bahawa para pekerja dan jurutera Intel di bahagian pembangunan teknologi automotif mereka bahawa bahagian tersebut akan dipotong tidak lama lagi. Perkara ini tidak begitu mengejutkan, kerana walaupun Intel mengatakan bahawa komponen automotif mereka digunakan dalam lebih dari 50 juta kenderaan dan menguasakan bahagian inforia dan pengoptimasian prestasi kenderaan, faktanya ialah pendapatan dan keuntungan daripada sektor automotif ini sangat kecil sehingga ia secara lazimnya tidak dilaporkan.
Intel juga memiliki pegangan majoriti dalam syarikat teknologi automotif Mobileye dari Israel, tetapi ia dikatakan bahawa syarikat tersebut tidak akan terkesan dalam proses penutupan ini. Mereka juga mengesahkan bahawa semua permintaan pelanggan sedia ada akan dipenuhi dahulu sebelum proses penutupan bahagian ini dimulakan.



![Syarikat Beri Anugerah Staf Paling Banyak MC & Kuat Tidur Raih Perhatian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)