Intel Akan Menyertai Projek Terafab Oleh Elon Musk

TechnologyBusiness & Finance
8 Apr 2026 • 12:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel kini memaklumkan mengatakan akan menyertai Projek Terafab yang sedang dibangunkan oleh Elon Musk dibawah syarikat portfolio beliau melibatkan Tesla, SpaceX dan juga xAI. Sebelum ini, Elon Musk telah mengumumkan projek Terafab yang akan bertanggungjawab dalam penghasilan menyeluruh cip pemprosesan daripada rekabentuk ke pengeluaran, sekaligus membolehkan ia menguasakan cip untuk pusat data, kecerdasan buatan, automotif dan juga robotik.

image is not available

Elon Musk sebelum ini menyasarkan projek Terafab akan menjadi antara projek gergasi untuk pengeluaran dan penghasilan cip pemprosesan kelak.

Intel sedia mempunyai kelebihan dan kepakaran dalam hal ini, sekaligus penyertaan Intel dalam projek Terafab dijangka akan lebih memacu dan mempercepatkan pelbagai proses. Untuk Intel sendiri, langkah ini dijangka memberikan nafas baharu untuk syarikat mereka, serta membolehkan para pelabur terus meningkatkan keyakinan terhadap jenama tersebut yang kian dilihat ketinggalan dalam arena semikonduktor berbanding pengeluar lain.

— Intel (@intel) April 7, 2026