Intel Core Ultra X9 378H Mungkin Diperkenalkan Untuk Komputer Riba Pengguna Sahaja

TechnologyDigital
6 Mar 2026 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Walaupun siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” baru sahaja diumumkan, Intel nampaknya sedang bersiap-sedia untuk memperkenalkan satu lagi model cip pemprosesan baru dibawah siri tersebut, iaitu Intel Core Ultra X9 278H.

Cip pemprosesan ini dilihat hadir dengan spesifikasi sama seperti model mercu Intel Core Ultra X7 368H dengan 16 teras fizikal yang terdiri daripada empat teras Performance, lapan teras Efficiency dan empat teras Low Power, cuma dengan kelajuan CPU setinggi 5.0GHz berbanding dengan 5.1GHz pada model mercu tersebut.

image is not available

Sama seperti cip Intel X9 dan X7, cip ini juga akan merumahkan cip pemprosesan grafik Intel Arc B390 terbaru, merumahkan 12 teras grafik Intel Xe3 dan hadir dengan kemampuan gaming yang sangat baik.

Setakat ini, ia tidak diketahui mengapa model cip pemprosesan ini diperkenalkan. Sokongan memori juga diperlihatkan sama seperti model Intel Core Ultra X7, dan satu-satunya perbezaan yang dapat dikenalpasti ialah ia tidak akan hadir dengan model vPro untuk komputer riba kelas bisnes, menjadikannya khusus untuk komputer riba kelas pengguna sahaja.