Dalam acara MWC 2026, salah satu peranti yang paling mencuri perhatian ialah vivo X300 Ultra. Model ini merupakan yang paling berkuasa dalam siri X300 dan memberi tumpuan besar kepada sistem kamera sama ada untuk fotografi atau videografi. Persoalan mengenai teknologi yang digunakan juga akhirnya terjawab melalui perkongsian rasmi vivo di Weibo.

Menurut vivo, sama ada untuk mengambil gambar atau merakam video, lensa adalah asas segalanya. Justeru, X300 Ultra hadir dengan kelebihan utama yang membezakannya. Ia merupakan telefon pertama di dunia menggunakan sensor Sony LYTIA-901. Kamera 35mm ini dianggap sebagai panjang fokus menarik (Golden Focal Length) yang sesuai untuk menghasilkan gambar semula jadi dengan kualiti tinggi.
Selain itu, ia menawarkan kombinasi menarik melalui panjang fokal 35mm bersama resolusi 200MP dan sensor sebesar 1/1.12 inci. Saiz piksel yang lebih besar ini meningkatkan kawasan yang sensitif sehingga lebih 30%, sekali gus memberikan imej yang lebih terang dan jelas.

Selain itu, sistem penstabilan imej pada X300 Ultra turut dipertingkat daripada CIPA 5.0 kepada CIPA 6.5 yang menjadikannya antara yang terbaik dalam industri. Dengan peningkatan ini, rakaman video dan gambar malam kekal stabil walaupun tangan bergegar. Struktur lensa juga diberi naik-taraf daripada 7P kepada 1G + 6P. Lensa 1G ALD PRO dengan lapisan khusus turut mampu mengurangkan pantulan sekitar 30% manakala salutan tambahan membantu mengawal kesan ‘ghosting’ dengan lebih berkesan.
- Weibo (diterjemah semula)

