Poco Berkongsi Butiran Cip Pemproses Untuk Peranti Akan Datang Mereka

TechnologyDigital
5 Mar 2026 • 2:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Poco baru sahaja mengesahkan butiran cip pemproses untuk peranti akan datang mereka. Melalui kemas kini di Facebook rasmi, jenama ini dilihat sedang bersedia memperkenalkan model baharu di bawah siri X. Walaupun nama rasmi masih belum diumumkan, ia mungkin menjadi kemunculan untuk Poco X8 memandangkan siri X7 telah diperkenalkan tahun lalu.

image is not available

Seperti kebiasaannya, Poco sekali lagi memilih cip keluaran MediaTek untuk siri baharu ini. Berdasarkan imej promosi yang dikongsikan, ia akan menggunakan MediaTek Dimensity 8500 Ultra dan MediaTek Dimensity 9500s. Tidak mengejutkan, kerana model dalam siri yang sama sebelum ini juga dijana oleh cip MediaTek pada kedua-dua varian disediakan.

image is not available
Poco X7 Pro

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan bilangan varian yang akan diperkenalkan. Namun secara tradisi, Poco sekurang-kurangnya menawarkan dua pilihan, sama ada versi standard atau pro. Banyak perkara masih menjadi tanda tanya termasuk rekaan dan perkakasan dalaman lain tetapi Poco dijangka akan berkongsi maklumat sedikit demi sedikit menjelang pelancaran rasmi.