Intel Dan Shell Memperkenalkan Kaedah Penyejukan Mesin Pelayan Dengan Rendaman Penuh

TechnologyDigital
14 May 2025 • 2:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda seorang peminat binaan PC, anda pasti pernah lihat komputer-komputer desktop dimana komponennya direndam didalam minyak mineral untuk membantu dalam penyejukan, dan untuk estetika yang cukup menarik.

Intel baru-baru ini telah mengumumkan sebuah kerjasama dengan syarikat minyak terkemuka Shell untuk memperkenalkan konsep penyejukan yang sama. Kedua-dua syarikat membangunkan sistem penyejukan rendaman ini yang akan digunakan didalam pusat data yang akan dinamakan Intel Data Center Certified for Immersion Cooling.

image is not available

Sistem penyejukan rendaman ini akan digunakan untuk melihat keberkesanan penyejukan jangka masa sederhana dan panjang untuk komputer pusat data yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Xeon generasi keempat dan keatas.

Teknologi penyejukan ini telah diuji oleh bahagian Advanced Data Center Development Laboratory di Intel bersama-sama dengan pakar penyejukan rendaman sepenuhnya di Shell, dan kedua-dua pihak cukup yakin bahawa solusi ini cukup bagus untuk keperluan perkomputeran AI yang secara lazimnya memerlukan sistem penyejukan yang sangat berkuasa, secara lazimnya penyejukan menggunakan cecair ataupun udara yang sejuk.

Dengan sistem penyejukan rendaman cecair ini, Shell mengatakan bahawa mesin pelayan tidak memerlukan sebarang mesin penyejukan, kipas ataupun sistem penyejatan cecair yang boleh mengurangkan kos penyejukan pusat data dengan sangat mendadak sekali.

image is not available

Malah, ia telah dilaporkan bahawa 36 peratus daripada pendapatan syarikat pengawalan haba untuk pusat data akan datang dari pembangunan sistem penyejukan cecair menjelang 2028. Ia dilihat bahawa penyejukan cecair adalah masa hadapan penyejukan pusat data, dan syarikat-syarikat teknologi kini sedang mencari solusi selain daripada menggunakan air sejuk dan air suling untuk menyejukkan pusat data mereka.

Buat masa ini, Intel mengatakan bahawa mereka akan menggunakan sistem penyejukan rendaman cecair ini untuk komputer pusat data yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Xeon generasi ke-4 dan ke-5 terlebih dahulu, dan akan menguji keberkesanan sistem penyejukan sama untuk cip generasi ke-6 mereka di masa hadapan.