Intel Dilaporkan Telah Mula Mengeluarkan Cip Untuk iPhone, iPad dan Mac

TechnologyDigital
15 May 2026 • 9:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Intel dilaporkan telah mula mengeluarkan cip untuk Apple yang akan digunakan pada iPhone, iPad dan komputer Mac menurut laporan Ming-Chi Kuo pagi ini. Pada waktu ini teknik pengilangan cip Intel 18A-P digunakan untuk menghasilkan cip untuk peranti legasi (satu generasi di belakang) dengan 80% pesanan adalah untuk cip digunakan pada iPhone.

Image from: Intel Dilaporkan Telah Mula Mengeluarkan Cip Untuk iPhone, iPad dan Mac

Apple memilih Intel untuk mengeluarkan kembali cip mereka buat pertama kali dalam tempoh 6 tahun kerana menyedari kemungkinan sukar menggunakan faundri TSMC di masa hadapan. Dengan kecerdasan buatan (AI) menjadi fokus utama industri teknologi pada ketika ini, Apple tidak mahu menjadi mangsa keadaan sekiranya TSMC memilih mengeluarkan cip AI sahaja di masa hadapan.

Intel diuji dengan pengeluaran cip legasi terlebih dahulu bagi menilai kemampuan faundri mereka. Kadar pengeluar cip Intel 18A-P pada waktu ini adalah lebih rendah berbanding teknologi TSMC. Adalah dipercayai Intel ingin meningkatkan hasil penghasilan sekitar 50–60% pada tahun 2027.

Selain mempunyai kilang pengeluar cip sekunder, Apple dipercayai menggunakan Intel untuk membolehkan mereka melalukan tawar menawar dengan TSMC di masa hadapan. Sungguhpun begitu, TSMC masih dipercayai akan mengeluarkan 90% cip yang diperlukan Apple dalam masa terdekat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved