Northern Solar raih projek solar 89MWac untuk pengendali pusat data Singapura

LocalBusiness & Finance
2 Nov 2026 • 5:59 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Northern Solar raih projek solar 89MWac untuk pengendali pusat data Singapura Image from: Northern Solar raih projek solar 89MWac untuk pengendali pusat data Singapura liza02/11/2026 - 17:59 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Nov – Northern Solar Holdings Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Northern Solar Assets Sdn Bhd menerima surat anugerah (LOA) bagi membekalkan tenaga solar berkapasiti 89 megawatt arus ulang-alik (MWac) bersama sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) untuk sebuah projek pusat data.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Northern Solar berkata anak syarikatnya menerima LOA berkenaan pada 2 November 2026 bagi pelaksanaan projek menerusi Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

 

Projek itu merangkumi pembekalan tenaga solar berkapasiti 89MWac yang dilengkapi sistem penyimpanan tenaga bateri bagi memenuhi keperluan tenaga tahunan pusat data berkenaan sebanyak 233.89 juta kilowatt-jam (kWh).

 

Pelanggan merupakan anak syarikat pengendali pusat data Singapura

Northern Solar berkata pihak yang menganugerahkan LOA itu ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan merupakan anak syarikat kepada pengendali perkhidmatan pusat data berpangkalan di Singapura.

 

Bagaimanapun, identiti syarikat berkenaan tidak didedahkan dalam pengumuman itu berikutan peruntukan kerahsiaan yang terkandung dalam LOA.

 

Tarikh pelaksanaan projek belum dimuktamadkan

Menurut kumpulan itu, tarikh permulaan projek masih belum dimuktamadkan dan pengumuman lanjut akan dibuat selepas perjanjian definitif (definitive agreement) dimeterai.

 

Penerimaan LOA itu menandakan persetujuan awal bagi pelaksanaan projek berkenaan, namun butiran lanjut berkaitan pelaksanaannya masih tertakluk kepada pemuktamadan perjanjian tersebut.

 

Dijangka sumbang positif kepada pendapatan kumpulan

Lembaga pengarah Northern Solar berpandangan projek berkenaan adalah demi kepentingan terbaik syarikat dan kumpulan serta dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham sepanjang tempoh pelaksanaannya.

 

Dalam pada itu, kumpulan tidak menjangkakan sebarang risiko luar biasa selain risiko operasi dan pelaksanaan yang lazim berkaitan projek berkenaan.

 

Northern Solar turut mengesahkan bahawa tiada pengarah, pemegang saham utama atau pihak yang mempunyai hubungan dengan mereka mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam projek itu. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved