Inter Nacional juara Battle of 50s

Football
12 Nov 2025 • 4:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Inter Nacionale muncul juara dalam Cabaran Bola Sepak Battle of 50s yang diadakan di Kompleks Sukan Penampang pada hujung minggu.

Mereka menewaskan Sarayo Legend 3-1 pada perlawanan akhir untuk menuntut hadiah wang tunai RM7,000 dan trofi kemenangan, manakala finalis yang kalah membawa pulang RM,4000 dan trofi.

Terdahulu di separuh akhir, Inter Nacionale menempah tempat ke final dengan menewaskan TK United 1-0 manakala Sarayo Legend berjaya mara ke aksi penentuan juga menerusi dengan kemenangan 1-0 ke atas RRB Tamparuli FC.

Dua pasukan yang tewas di separuh akhir masing-masing menerima RM2,000 dan trofi.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan dua hari anjuran Penampang Unity Football Club dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Dark Horse itu.